Keutuhan Permukaan Bahan Keluli Perkakas Setelah Pengisaran Hujung Menggunakan Perkakas Karbida Bersalut

Authors

  • Che Hassan Che Haron
  • Andanastuti Muchtar
  • Nik Faizu Nik Kundor

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v41.688

Abstract

Projek ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kesan proses pengisaran terhadap keutuhan permukaan keluli perkakas D2. Dalam kajian ini, keluli perkakas kerja sejuk AISI D2 yang telah dikeraskan kepada 62 HRC dimesin menggunakan sisip karbida bersalut CVD boleh indeks yang dipegang oleh perkakas pengisaran hujung berdiameter 20 mm. Siri–siri ujian dijalankan dalam keadaan kering. Penilaian ke atas permukaan yang dimesin melibatkan kekasaran permukaan dan analisis mikrostruktur. Keputusan kajian menunjukkan bahawa tiada hubungan yang jelas di antara variasi kelajuan pemotongan dan suapan terhadap kekasaran permukaan. Umumnya, permukaan yang dihasilkan adalah sangat licin dengan nilai Ra berada dalam julat 0.10 μm – 0.43 μm dan analisis permukaan pada sampel–sampel ujikaji juga mendapati hampir tiada perubahan dapat dikesan pada mikrostruktur bahagian bawah permukaan yang dimesin. Walau bagaimanapun, pada kelajuan pemotongan tertinggi (160 m/min) dan suapan yang tinggi (0.02 mm/sisip), terdapat kesan termampat dan terherot pada mikrostruktur pada kedalaman yang sangat cetek iaitu lebih kurang 2.2 μm dari permukaan termesin. Kata kunci: Keutuhan permukaan, keluli perkakas terkeras, pengisaran hujung, mikrostruktur, perkakas karbida bersalut The effect of milling process on the surface integrity of newly machined surface of D2 tool steel is presented. The hardened AISI D2 (62 HRC) was machined under dry cutting conditions using a 20 mm diameter end–milling tool with indexable CVD coated carbide insert. Analyses revealed that the variation in cutting speeded and feed did not significantly affect the surface roughness of the machined surface. Generally, the surfaces produced are very smooth with Ra values in the range of 0.1 – 0.43 μm, and studies showed almost no microstructure alteration on the machined surfaces. However, at the highest cutting condition, i.e. a cutting speed of 160 m/min, and feed of 0.02 mm/tooth, some compression and distortion effects were detected on the microstructure at the very shallow depth of approximately 2.2 μm from the machined surface. Key words: Surface integrity, hardened tool steel, end-milling, microstructure, coated carbide tool

Downloads

Published

2012-02-25

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Keutuhan Permukaan Bahan Keluli Perkakas Setelah Pengisaran Hujung Menggunakan Perkakas Karbida Bersalut. (2012). Jurnal Teknologi, 41(1), 29–42. https://doi.org/10.11113/jt.v41.688