Analisis Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) di Kalangan Pensyarah di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Authors

  • Siti Rahayah Ariffin
  • T. Subhan Mohd. Meerah
  • Norasmah Othman
  • Ibrahim Mohamed Zin

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v41.725

Abstract

Konsep Kecerdasan Pelbagai (KP) atau Multiple Intelligences telah tersebar secara meluas di institusi pendidikan seluruh negara melalui siri–siri kursus semakan semula kurikulum di kolej dan institusi pengajian tinggi. Kajian lepas menunjukkan seseorang individu yang mempunyai IQ (Kecerdasan Intelek) yang tinggi tidak semestinya berjaya dalam kerjaya mahupun kehidupan peribadi. Selain IQ, setiap individu mempunyai kecerdasan lain yang penting dalam menyelesaikan masalah kehidupan manusia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kecerdasan lain yang disebut sebagai kecerdasan pelbagai di kalangan 51 orang ahli akademik di sebuah institusi pengajian tinggi. Kajian ini menggunakan instrumen Multiple Intelligences Checklist for Adults (MICA) yang mengandungi 49 item bagi mewakili tujuh domain kecerdasan pelbagai. Dapatan kajian menunjukkan kebolehpercayaan (Cronbach Alpha) item–item adalah antara .68 – .84. Domain KP yang dominan ialah verbal–linguistik dan intrapersonal. Korelasi antara domain–domain menunjukkan juga verbal–linguistik dan intrapersonal yang paling kukuh. Analisis regresi berganda menunjukkan kecerdasan visual–ruang menyumbang sebanyak 55.3% kepada kecerdasan interpersonal. Kata kunci: Kecerdasan pelbagai, analisis item, kebolehpercayaan, ahli akademik

Downloads

Published

2012-02-25

Issue

Section

Social Sciences

How to Cite

Analisis Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) di Kalangan Pensyarah di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT). (2012). Jurnal Teknologi, 41(1), 33–42. https://doi.org/10.11113/jt.v41.725