Perkembangan, Pembangunan dan Penerimaan E–Pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia

Authors

  • Mohd. Koharuddin Mohd. Balwi
  • Rozita Sanapi

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v41.727

Abstract

Kertas ini mendedahkan perkembangan, pembangunan dan penerimaan pelaksanaan program e–pembelajaran di pelbagai universiti di Malaysia. Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITA) telah dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga merupakan pengerusi Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC). Di antara inisiatif NITA ialah pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC). NITC mempunyai Agenda Strategik Teras yang antara lain merupakan objektif terpenting bagi memastikan penglibatan masyarakat secara menyeluruh dalam jaringan global seperti e–ekonomi, e–perhidmatan awam, e–komuniti, e–pembelajaran dan e–kedaulatan. Kementerian Pendidikan Malaysia dan sektor swasta telah diberikan tanggungjawab untuk merealisasikan Agenda E–Pembelajaran Kebangsaan. Lantaran itu beberapa Universiti di Malaysia telah memulakan inisiatif program e–pembelajaran untuk pelajar–pelajar mereka. Melalui program e–pembelajaran ini, pelajar didedahkan dengan bentuk pembelajaran yang baru kerana bahan pembelajaran dapat dicapai di mana–mana dan pada bila–bila masa. Kata kunci: e-pembelajaran, universiti-universiti Malaysia, Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan, Koridor Raya Multimedia (MSC), e-ekonomi, e-perkhidmatan awam, e-komuniti, e-kedaulatan, alat pembelajaran This paper attempts to reveal the progress, development, and acceptance of the implimentation of e–learning programme by various Malaysian Universities. The National Information Technology Agenda (NITA) was launched in December 1996 by the National Information Technology Council (NITC), chaired by the former Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohamed. Amongst the initiative of the NITC is the establishment of the Multimedia Super Corridor (MSC). NITC has also launched its Core Strategic Agenda with its prime objective to enhance the people’s involvement and use of global networks such as e–economy, e–public services, e–community, e–learning and e–sovereignty. The Malaysian Ministry of Education and the private sector have been given the responsibility to realise the National E–Learning Agenda. A few Malaysian universities have started e–learning initiative programmes for their students. Through e–learning, teaching–learning materials can be accessed by students from anywhere, at anytime. Key words: e-learning; Malaysia universities; National Information Technology Agenda; the Multimedia Super Corridor (MSC); e-economy; e-public services; e-community; e-sovereignty; learning tool

Downloads

Published

2012-02-25

Issue

Section

Social Sciences

How to Cite

Perkembangan, Pembangunan dan Penerimaan E–Pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. (2012). Jurnal Teknologi, 41(1), 55–72. https://doi.org/10.11113/jt.v41.727