Faktor–faktor Gaya Pembuatan Keputusan dalam Pembelian Barangan di Kalangan Pengguna
DOI:
https://doi.org/10.11113/jt.v41.728Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor–faktor yang mempengaruhi gaya pembuatan keputusan serta perbezaan gaya pembuatan keputusan pengguna dalam membeli sesuatu barangan berdasarkan jantina dan etnik. Terdapat lapan faktor utama yang dikaji iaitu faktor kekeliruan terhadap pilihan yang banyak, tabiat setia kepada jenama, gerak hati, kesedaran kepada fesyen terkini, kesempurnaan kualiti, kesedaran kepada harga, rekreasi, dan kesedaran kepada jenama. Kajian deskriptif ini berdasarkan kaedah tinjauan dengan menggunakan 480 orang pengguna yang membeli–belah di tiga pasaraya terbesar di Johor Bahru (Pasaraya Giant di Plentong dan Tampoi serta Carefour). Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor kesempurnaan merupakan faktor yang paling tinggi mempengaruhi gaya pembuatan keputusan pembelian barangan di kalangan pengguna. Manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pembuatan keputusan pengguna berdasarkan jantina. Kajian ini juga menunjukkan terdapat perbezaan signifikan gaya pembuatan keputusan dalam pembelian barangan berdasarkan etnik Melayu, Cina dan India. Kata kunci: Gaya pembuatan keputusan, tingkah laku pengguna, pengguna The purpose of this study is to determine the factors that influence decision–making style among consumers as well as to identify consumers’ decision–making style differences based on gender and ethnics. Eight factors which influence decision making style among consumers were investigated such as confusion caused by too many choices, loyalty to brand, impulsiveness, novelty fashion consciousness, perfect quality, price conscious, recreational and brand conciousness. This descriptive study used a survey method which involved 480 consumers of three supermarkets in Johor Bahru (Giant at Plentong and Tampoi, and Carrefour). Results indicated that the perfect quality factor was the dominant influence on decision–making styles among respondents and that there is no difference of decision–making style based on gender. However, there is a significant difference of decision–making styles based on Malay, Chinese, and Indian ethnicity. Key words: Decision-making style, consumer behavior, consumerDownloads
Published
2012-02-25
Issue
Section
Social Sciences
License
Copyright of articles that appear in Jurnal Teknologi belongs exclusively to Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (Penerbit UTM Press). This copyright covers the rights to reproduce the article, including reprints, electronic reproductions, or any other reproductions of similar nature.
How to Cite
Faktor–faktor Gaya Pembuatan Keputusan dalam Pembelian Barangan di Kalangan Pengguna. (2012). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 41(1), 73–91. https://doi.org/10.11113/jt.v41.728