Kaedah Pengukuran Indek Kebolehsenggaraan Produk atau Sistem Berdasarkan Kriteria Pemasangan

Authors

  • Ahmad Baharuddin Abdullah
  • Zaidi Mohd. Ripin

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v42.735

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan perhubungan antara penyelenggaraan dan pemilihan pengikat bagi meningkatkan prestasi sesuatu produk dari segi jangka hayat dan struktur fizikal. Di dalam kertas kerja ini, indek kebolehsenggaraan diukur berdasarkan digraf peleraian yang dinilai bergantung kepada jenis pengikat yang digunakan dan kriteria pemasangan. Laluan kritikal digunakan untuk mewakili laluan terpendek untuk mencapai komponen atau bahagian yang dikehendaki untuk kerja penyelenggaraan. Selain itu kekerapan penyelenggaraan sesuatu komponen atau bahagian turut diambil kira. Untuk itu satu kajian kes mengenai sistem pam akan dijalankan. Hasil kajian menunjukkan bahawa melalui penukaran jenis sambungan, indek kebolehsenggaraan dapat ditingkatkan dengan banyak. Kata kunci: Jenis sambungan, digraf pemasangan, indek penyelenggaraa This paper discusses the relationship between maintenance and the selection of fastener in order to enhance product performance in terms of life time and physical structure. In this study, maintainability index was measured using a disassembly digraph, which was evaluated due to the fastener used and the assembly criteria. The critical path was used to represent the shortest and simplest way to achieve the targeted component or part. Additionally, the rate of maintenance was also taken into consideration. To clarify the method developed, a case study of water pump was carried out. Result indicates that by changing the type of fastener, maintainability index can be increased tremendously. Key words: Assembly type, assembly digraph, maintainability index

Downloads

Published

2012-02-25

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Kaedah Pengukuran Indek Kebolehsenggaraan Produk atau Sistem Berdasarkan Kriteria Pemasangan . (2012). Jurnal Teknologi, 42(1), 91–106. https://doi.org/10.11113/jt.v42.735