Kajian Perbezaan Dalam Klasifikasi Kawasan Berbukit Dari Hasilan Kecerunan Berbagai Perisian Sistem Maklumat Geografi (GIS)

Authors

  • Noresah Mohd Shariff
  • Ruslan Rainis

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v43.765

Abstract

Artikel ini melaporkan hasilan satu penyelidikan mengenai klasifikasi kawasan berbukit menggunakan maklumat kecerunan dari sistem maklumat geografi (GIS). Sebanyak empat perisian GIS telah diuji iaitu IDRISI32 for Windows, Erdas Imagine, ArcView dan GridAnalyser. Hasil kajian mendapati bahawa kesemua perisian tersebut menghasilkan maklumat kecerunan berbeza dan seterusnya mempengaruh klasifikasi kawasan berbukit. Perbezaan ini berbagai, ada yang berbeza sedikit sahaja (ArcView dan GridAnalyser) iaitu 0.04%, manakala ada juga yang besar sehingga 5.0% (IDRISI32 dan Erdas Imagine). Menyedari hakikat bahawa penggunaan perisian GIS yang berbeza boleh menghasilkan hasilan yang berbeza, maka satu kajian yang komprehensif harus dijalankan oleh agensi-agensi yang berwajib agar dapat menetapkan satu nilai tolerans yang dibenarkan yang boleh dijadikan panduan oleh semua pihak. Kata kunci: Kecerunan, sistem maklumat geografi, kawasan berbukit This article reports the result of a research on the classification of hilly areas using slope information from geographic information system (GIS). Four GIS softwares were tested i.e. IDRISI32 for Windows, Erdas Imagine, ArcView, and GridAnalyser. The results of the study found that all the softwares produced different slope information, thus influencing the classification of hilly areas. The differences vary, ranging from as small as 0.04% (ArcView and GridAnalyser) to a large difference of 5.0% (IDRISI32 and ERDAS Imagine). Given the fact that different GIS software might produce different results, a comprehensive study should be carried out by the relevant agencies to set an acceptable tolerance value to be used as a general guide to all users. Key words: Slope, geographic information system, hilly areas

Downloads

Published

2012-02-29

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Kajian Perbezaan Dalam Klasifikasi Kawasan Berbukit Dari Hasilan Kecerunan Berbagai Perisian Sistem Maklumat Geografi (GIS). (2012). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 43(1), 35–50. https://doi.org/10.11113/jt.v43.765