Performance of Serially Concatenated Channel Coding with Space Time Block Coding in OFDM Transmission System

Authors

  • Muladi
  • N. Fisal
  • S. K. Yusof

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v43.777

Abstract

Telah diketahui bahawa kepelbagaian ruang–masa dengan menggunakan kodan ruang–masa (STC) adalah satu teknik yang berkesan dalam memperbaiki prestasi perhubungan wayarles. STC direka untak saluran pemudaran rata dan ia terdiri daripada kodan trellis ruang–masa (STTC) dan kodan blok ruang–masa (STBC). STTC boleh memberikan gandaan kepelbagaian dan gandaan pengekodan dengan melibatkan kos dari segi kekompleksan nyahkodan. Sebaliknya, STBC hanya membekalkan gandaan kepelbagaian tetapi mengurangkan kekompleksan nyahkodan. Dalam kertas kerja ini, kami membentangkan skema kod Bose–Chauduri Hocquengheim (BCH) siri terangkai dengan STBC daripada rekaan ortogon (STBC–OD) untuk mendapatkan gandaan kepelbagaian dan juga gandaan pengekodan dalam sistem ini. Kami juga melibatkan sistem penghantaran OFDM dalam skema yang dibentangkan untuk mengekalkan prestasi pada saluran pudaran memilih berbilang–laluan. Prestasi sistem ini diselidiki apabila pemodulatan penguncian anjakan fasa pada kadar–penuh, kadar–separuh, dan kadar–3/4 dengan menggunakan bilangan antena penghantar yang bersesuaian. Keputusan penyelakuan menunjukkan bahawa sistem yang dibentangkan ini dapat memperbaiki gandaan SNR berbanding dengan skema tidak terkod yang berkaitan. Maklumat keadaan saluran dianggap boleh sedia ada di penerima. Kata kunci: BCH, STBC-OD, OFDM It is well known that space–time diversity using space–time coding (STC) is an effective technique to improve wireless communication performance. STC was designed for flat fading channel and consists of space–time trellis code (STTC) and space–time block code (STBC). STTC has provided diversity gain and coding gain in the cost of decoding complexity. On the other hand, STBC only provides diversity gain but simple in decoding complexity. Thus, in this paper, we proposed serially concatenated Bose–Chauduri Hocquengheim (BCEI) code with STBC from orthogonal design (STBC–OD) scheme to provide diversity gain and also coding gain in the system. We incorporated OFDM transmission system onto our proposed scheme to maintain the performance over multipath selective fading channels. Performance of the system was investigated when M–ary phase shift keying (M–PSK) modulation was used for full–rate, half–rate, and three quater–rate of transmission employing appropriate number of transmit antennas. Simulation results showed that the proposed system has improved the SNR gain over the related uncoded schemes. Channel state information was assumed available at the receiver. Key words: BCH, STBC-OD, OFDM

Downloads

Published

2012-02-29

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Performance of Serially Concatenated Channel Coding with Space Time Block Coding in OFDM Transmission System. (2012). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 43(1), 61–80. https://doi.org/10.11113/jt.v43.777