Scale–up of Stirred and Aerated BioengineeringTM Bioreactor Based on Constant Mass Transfer Coefficient

Authors

  • Mohd. Nazrul Hisham Zainal Alam
  • Firdausi Razali

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v43.789

Abstract

Kajian penskalaan naik dilaksanakan dengan berdasarkan pekali pemindahan oksigen, kLa malar menerusi penggunaan bioreaktor teraduk berudara yang diskala naik daripada 16 l kepada 150 l. Dengan menggunakan teknik penyingkiran gas secara statik, nilai kLa dikira bagi laju pendesak dan kadar alir udara yang berbeza, pada pelbagai kelikatan dan suhu bioreaktor teraduk BioengineeringTM 16 l dan 150 l. Sekaitan empirik digunakan untuk menyekait dan mengkaji kebergantungan kLa terhadap kuasa masukan tentu dan halaju permukaan udara. Bagi memalarkan kLa ketika pengskalaan naik daripada 16 l kepada 150 l, kuasa masukan tentu dan halaju permukaan udara tidak dapat dikekalkan. Dengan itu, penyelarasan harus dilakukan. Berdasarkan keputusan uji kaji pada 150 l, kuasa masukan tentu daripada 0.0001 kepada 4.2 kW/m3 dan halaju permukaan udara yang berjulat 9 × 10–4 m/s hingga 7 × 10–3 m/s yang dikaji, didapati menghasilkan nilai kLa yang setanding dengan nilai yang diperoleh daripada skala 16 l. Sehubungan itu, faktor penskalaan naik yang diperoleh ialah 0.28 bagi laju pendesak dan 3.1 bagi kadar alir udara. Keputusan setanding yang diperoleh daripada kedua–dua skala tersebut mengesahkan bahawa protokol penskalaan naik mampu berfungsi dengan baik. Kata kunci: Pemindahan oksigen, sekaitan empirik, bioreaktor teraduk, penskalaan naik The scale–up studies based on the constant oxygen transfer coefficient, kLa from 16 l to 150 l of aerated and agitated bioreactor were performed. By employing the static gassing out techniques, the kLa values were calculated at different sets of impeller speeds and air flow rates performed in various viscosities and temperatures in the 16 l and 150 l BioengineeringTM stirred bioreactor. Empirical correlation was employed to correlate and investigate the dependence of kLa on specific power input and superficial air velocity. In maintaining a constant kLa upon scale–up from 16 l to 150 l the specific power input and the superficial air velocity cannot be maintained, thus an adjustment has to be done. From the experimental results at 150 l, it was discovered that the specific power input from 0.0001 to 4.2 kW/m3 and superficial air velocity within the range of 9 × 10–4 m/s to 7 × l0–3 m/s employed gave a comparable kLa values achieved at 161 scale. Hence, the calculated scaling–up factor for impeller speed and air flow rate were 0.28 and 3.1, respectively. The comparable results obtained from both scales confirmed that the scale–up protocol developed works. Key words: Oxygen transfer, empirical relationship, stirred bioreactor, scale-up

Downloads

Published

2012-02-29

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Scale–up of Stirred and Aerated BioengineeringTM Bioreactor Based on Constant Mass Transfer Coefficient. (2012). Jurnal Teknologi, 43(1), 95–110. https://doi.org/10.11113/jt.v43.789