In–Service Teachers’ Views Toward Technology and Teaching and Their Perceived Competence Toward Information Technology (IT)

Authors

  • Juanna Risah Sha’ari
  • Su Luan Wong
  • Samsilah Roslan

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v43.790

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengukur pandangan guru terhadap teknologi dan pengajaran serta tahap kompetensi mereka terhadap Teknologi Maklumat (IT). Maklumat daripada responden dikumpulkan melalui soal selidik yang diperolehi daripada 160 orang guru daripada tiga buah sekolah menengah yang dipilih mewakili tiga daerah di Melaka iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. Satu kajian rintis telah dijalankan untuk menguji kebolehpercayaan instrumen. Nilai Cronbach alfa yang diperolehi bagi instrumen kajian iaitu Skala Kompetensi IT dan Skala Pandangan Guru terhadap teknologi dan pengajaran adalah 0.98 dan 0.83. Berdasarkan pandangan guru terhadap teknologi dan pengajaran, mereka mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan komputer walaupun mendapati sebahagian besar daripada mereka mempunyai tahap kompetensi IT yang sederhana (55%). Tahap kemahiran IT yang sederhana ini temmasuklah kemahiran asas pengoperasian komputer (43.15%), perisian pemproses perkataan (48.1%), perisian helaian hamparan (51.9%) dan telekomunikasi (48.1%), di samping guru menganggap mereka masih lagi kurang kemahiran dalam IT untuk mengintegrasi teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keputusan turut menunjukkan bahawa kebanyakan guru mempunyai tahap kemahiran IT yang rendah dalam domain komunikasi media (57.5%). Dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan yang positif dan lemah di antara pandangan guru terhadap teknologi dan pengajaran dengan tahap kompetensi guru terhadap penggunaan komputer. Kesimpulannya guru harus melengkapkan diri mereka dengan kemahiran melalui latihan untuk membina sikap yang positif dan mengeksploitasi pembaharuan–pembaharuan yang dibawa oleh arus teknologi dalam bidang pendidikan. Kata kunci: Guru dalam perkhidmatan, pandangan, teknologi, kompetensi, teknologi maklumat The purpose of this study is to measure in–service teachers’ views toward technology and teaching and their perceived competence toward Information Technology (IT). A survey was carried out through a set of questionnaires among 160 teachers in three selected schools, each representing the three districts in Malacca, which are Melaka Tengah, Alor Gajah and Jasin. A pilot test was conducted to obtain the reliability of the instruments. The Cronbach alphas for the IT Competence Scale and Teachers’ Views of Technology and Teaching Scale were reported at 0.98 and 0.83 respectively. The respondents believed that they have positive attitudes toward computers although most of them had moderate level of IT competence. These competencies include basic computer operation skills (43.1%), word processing (48.1%), spreadsheet (51.9%) and telecommunicabon (48.1%) while in media communication, participants had low level of IT competence (57.5%). They also believed that they still lack skills in IT integrate technologies into the teaching and learning. Apart from that, the result confirmed that there was a small, positive correlarion between in–service teachers’ views toward technology and teaching and their perceived competence toward using computers. In conclusion, to face the fast development in the field of education, teachers ought to equip themselves with IT skills, through training courses. Key words: In-service teachers, views, technology, perceived competence, information technology

Downloads

Published

2012-02-29

Issue

Section

Social Sciences

How to Cite

In–Service Teachers’ Views Toward Technology and Teaching and Their Perceived Competence Toward Information Technology (IT). (2012). Jurnal Teknologi, 43(1), 1–14. https://doi.org/10.11113/jt.v43.790