Pengurusan Sumber Fizikal IPT: Pengurusan Ruang
DOI:
https://doi.org/10.11113/jt.v43.791Abstract
Implikasi kos berkaitan sumber–sumber fizikal di dalam organisasi besar seperti Institusi Pengajian Tinggi (IPT) adalah sangat besar. Namun sehingga kini, kebanyakan pentadbiran IPT dan juga dari organisasi–organisasi sektor awam yang lain terutamanya dari negara Asia masih belum memahami peranan dan sumbangan sumber fizikal ini kepada organisasi mereka. Sumber fizikal ini merupakan aset yang berharga dan boleh menjanakan pendapatan organisasi sekiranya diuruskan dengan berkesan. Kertas kerja ini merupakan hasil penyelidikan terhadap pengoptimaan penggunaan makmal–makmal yang terdapat di IPTA–IPTA di negara kita. Sebanyak 154 makmal dari enam IPTA telah dikaji dan secara keseluruhannya penggunaan ruang tersebut adalah rendah. Adalah diharapkan kertas kerja ini dapat memaklumkan pihak–pihak tertentu tentang kepentingan pengurusan sumber fizikal kepada organisasi mereka, sumber yang tidak dioptimakan dan sumber yang boleh membantu penjanaan kewangan mereka.Downloads
Published
2012-02-29
Issue
Section
Social Sciences
License
Copyright of articles that appear in Jurnal Teknologi belongs exclusively to Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (Penerbit UTM Press). This copyright covers the rights to reproduce the article, including reprints, electronic reproductions, or any other reproductions of similar nature.
How to Cite
Pengurusan Sumber Fizikal IPT: Pengurusan Ruang. (2012). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 43(1), 15–28. https://doi.org/10.11113/jt.v43.791