Persepsi Guru dan Pelajar Terhadap Perlakuan Buli di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Daerah Batu Pahat

Authors

  • Azizi Hj. Yahya
  • Abdul Latif Ahmad

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v43.794

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kekerapan dan jenis perlakuan buli serta program–program intervensi yang terdapat di sekolah menengah di daerah Batu Pahat. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar dan guru tentang perlakuan buli di kalangan pelajar sekolah menengah serta isu–isu keselamatan. Seramai 80 orang guru dan 480 orang pelajar dari lapan buah sekolah menengah daerah Batu Pahat yang dipilih secara rawak dilibatkan dalam kajian ini. Segala maklumat dikumpulkan melalui Instrumen Soal Selidik Hubungan Sebaya (Peer Relations Questionnaire – PRQ) dan Soal Selidik Sifat dan Kelaziman Perlakuan Buli di Sekolah. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan persepsi antara pelajar dan guru berkenaan kekerapan buli di kalangan pelajar sekolah menengah. Perlakuan buli secara verbal merupakan perlakuan buli yang paling kerap berlaku berbanding perlakuan buli secara fizikal. Guru dan pelajar juga sependapat bahawa mereka perlu disedarkan dan saling bekerjasama untuk mencegah dan menangani masalah perlakuan buli ini di sekolah. Tahap keinginan pelajar untuk membuli berada pada tahap yang rendah. Vandalisma atau merosakkan harta benda sekolah merupakan isu keselamatan yang dianggap pelajar sebagai paling serius di sekolah. Rakan merupakan orang yang paling kerap dirujuk oleh pelajar berbanding pihak lain berkenaan masalah buli di sekolah. Program intervensi mempunyai hubungan yang signifikan dengan kekerapan perlakuan buli pada tahap sederhana. Menurut persepsi guru, program intervensi berasaskan sekolah terutama sekali peraturan sekolah dan lembaga disiplin sekolah merupakan program intervensi yang paling berkesan bagi mencegah dan menangani masalah perlakuan buli di sekolah menengah. Kata kunci: Perlakuan buli, kekerapan, persepsi, intervensi, perlakuan buli verbal, perlakuan buli fizikal This study attempts to identify the prevalence and types of bullying and its intervening programs at secondary schools in Batu Pahat, Johor. This study also attempts to identify the perceptions of students and teachers about bullying and safety issues at secondary schools. 80 teachers and 480 students from eight secondary schools in Batu Pahat were randomly selected in this study. All information were gathered through Peer Relations Questionnaire – PRQ and The Nature and Prevalence of Bullying in Schools Questionnaire. Results have shown that there is a difference in perception about the prevalence of bullying among secondary school students, between students and teachers. Verbal bullying was seen as more physical bullying. Teachers and students agreed that they should be concerned and help each other to stop bullying in school. Students bullying desire were at low level. Vandalism or destroying schools properties were serious safety issues in school reported by the students. When having problems about bullying, friends were the most frequently referred to by the students compared to others in schools. Intervention programs indicated significant association with the prevalence of bullying in schools at the moderate level. School based intervention programs such as school regulation and school’s board of discipline were the most efficient programs to stop and handle bullying problems in secondary schools. Key words: Bullying, prevalence, perception, intervention, verbal bullying, physical bullying

Downloads

Published

2012-02-29

Issue

Section

Social Sciences

How to Cite

Persepsi Guru dan Pelajar Terhadap Perlakuan Buli di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Daerah Batu Pahat. (2012). Jurnal Teknologi, 43(1), 63–86. https://doi.org/10.11113/jt.v43.794