Ke Arah Pembentukan Model Pemantauan Prestasi Pengurusan Projek Perisian

Authors

  • Mazlan Mohd. Sappri

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v43.795

Abstract

Pembangunan perisian merupakan suatu proses yang kompleks dan dinamik mengikut evolusi perisian dari semasa ke semasa. Pengurusan projek yang efektif adalah penting bagi memastikan kejayaan pembangunan perisian. Kumpulan pembangunan perisian mempunyai tanggungjawab dalam menyediakan sistem komputer yang menepati kualiti perisian dan keperluan pengguna akhir. Selalunya, sistem yang dihasilkan tidak memenuhi kehendak sebenar pengguna. Metrik perisian menyediakan penyelesaian bagi isu kualiti perisian melalui maklum balas kepada pengurus projek dalam memantau status projek. Kajian ini adalah berkenaan dengan pembentukan model pemantauan prestasi pengurusan projek perisian berasaskan metrik yang akan dijadikan panduan dalam memandu proses pembangunan perisian pada fasa keperluan, fasa reka bentuk dan fasa implementasi. Fokus kajian juga mengambil kira bagaimana pemantauan dilakukan ke atas budaya kerja staf Teknologi Maklumat (IT) semasa proses pembangunan. Bagi tujuan ini, alat bantu iaitu Staff Evaluation Monitoring Program (StEMP) telah dibangunkan untuk memproses nilai metrik dan mempersembahkan maklumat seperti perbandingan masa suatu aktiviti dan masa yang diambil untuk pembetulan ralat. Seterusnya output ini akan digunakan untuk menyokong aktiviti pembuatan keputusan oleh kumpulan projek. Sebagai kesimpulannya kajian ini menerangkan bagaimana metrik–metrik dipilih dan bagaimana ia diimplementasikan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pembangunan projek perisian. Kata kunci: Metrik perisian, pemantauan, prestasi staf, kualiti, penilaian Software development is a complex and dynamic process based on software evolution from time to time. Effective project management is crucial to successful development of software. The software development group has the responsibility for providing computer system that meets software quality and needs of that end-user. Often the system provided does not satisfy users real needs. Software metrics provide insight into the quality of software, informing the developers about the status of a project. This study is to develop a performance–monitoring model for software project management based on metrics that will be a guideline to lead the development process through requirement phase, design phase and implementation phase. Focus on this study also considered how work culture among Information Technology staff is monitored during the development process. For this purpose, Staff Evaluation & Monitoring Program (StEMP) is developed to process the metrics value and visualize information such as comparative usage time to correct errors as output. Then, the output will be used to support decision–making activities by project team. As a conclusion, this study explains how the metrics were selected and how they are being implemented to improve quality service in software development. Key words: Software metrics, monitoring, staff performance, quality, evaluation

Downloads

Published

2012-02-29

Issue

Section

Social Sciences

How to Cite

Ke Arah Pembentukan Model Pemantauan Prestasi Pengurusan Projek Perisian. (2012). Jurnal Teknologi, 43(1), 87–99. https://doi.org/10.11113/jt.v43.795