Concentration Profiling Of Two Phase Flow In A Gravity Flow Rig Using Optical Tomography

Authors

  • Sallehuddin Ibrahim
  • Mohd Fua’ad Rahmat
  • Mustafa Musbah Elmajri
  • Mohammad Amri Mohammad Yunus

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v54.817

Abstract

Matlamat kertas kerja ini ialah untuk membentangkan penyelidikan tentang penggunaan kaedah tomografi optik menggunakan penderia–penderia infra merah untuk pemantauan masa nyata terhadap zarah–zarah pepejal yang dialirkan oleh rig aliran graviti. Penderia terdiri daripada dua projeksi cahaya orthogonal dan dua projeksi cahaya melintang untuk membentuk deretan atas dan bawah menjadi empat projeksi selari. Penumpuan pancaran daripada satu sumber cahaya dan mengalirkannya melalui rejim aliran yang memastikan keamatan pancaran dikesan pada bahagian yang bertentangan disambungkan kepada agihan dan pekali serapan bagi fasa–fasa yang berbeza dalam laluan pancaran. Maklumat pada aliran yang diperolehi oleh penderia-penderia yang dipasang di bahagian atas dan bawah akan dijadikan dalam bentuk digital oleh sistem perolehan data sebelum ia dihantar ke sebuah computer untuk dianalisis untuk memaparkan keratan silang imej. Penyelidikan ini berjaya dikembangkan dan diuji menggunakan sebuah sistem tomografi infra merah untuk memaparkan kepekatan aliran dwi fasa dalam rig aliran gravity. Kata kunci: Profil kepekatan; aliran dwi fasa; tomografi optic; infra-merah; aliran pepejal The objective of this paper is to present research on the use of an optical tomography method using infra–red sensors for real–time monitoring of solid particles conveyed by a gravity flow rig. The sensor comprised two orthogonal and two diagonal light projections to form upstream and downstream arrays in a total of four parallel projections. Collimating the radiated beam from a light source and passing it through a flow regime ensures that the intensity of radiation detected on the opposite side is linked to the distribution and the absorption coefficients of the different phases in the path of the beam. The information on the flow captured using upstream and downstream infra-red sensors is digitized by the DAS system before it was passed into a computer to be analyzed in order to reconstruct the cross section image. This investigation successfully developed and tested an infra–red tomography system to profile the concentration of two phase flow in a gravity flow rig. Key words: Concentration profiles; two phase flow; optical tomography; infra–red; solid flow

Downloads

Published

2012-03-08

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Concentration Profiling Of Two Phase Flow In A Gravity Flow Rig Using Optical Tomography. (2012). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 54(1), 311–318. https://doi.org/10.11113/jt.v54.817