Out-Migration From Kampung Awah A Settlement Scheme In Jengka

Authors

  • Ibrahim Ngah

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v9.967

Abstract

Masalah generasi kedua di rancangan FELDA sejak akhir-akhir ini telah menarik perhatian umum. Ini memandangkan rancangan pembangunan tanah FELDA telah menjangkau usia lebih dua dekad dan anak-anak peneroka FELDA di penempatan yang awal kebanyakannya telah menjadi dewasa. Kajian ini menumpukan terhadap pola dan ciri-ciri migrasi keluar penduduk di rancangan FELDA terutamanya di kalangan generasi kedua. Ia berasaskan kajian kes penempatan FELDA kampung Awah di Jengka, Pahang. Kajian menampakkan trend migrasi keluar yang meningkat di penempatan tersebut terutamanya setelah 15 tahun kemasukan peneroka. Ciri-ciri penghijrah juga dianalisa mengikut destinasi bandar dan luar bandar. Migrasi keluar ini di jangka memberi kesan negatif kepada pembangunan wilayah Jengka sekiranya tidak ada usaha untuk menyekat pengaliran keluar penduduk

Downloads

Published

1987-05-11

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Out-Migration From Kampung Awah A Settlement Scheme In Jengka. (1987). Jurnal Teknologi, 9(1), 53-65. https://doi.org/10.11113/jt.v9.967