Prestasi Rangkaian Gelang Yang Berprioriti Dan Yang Tak-Berprioriti

Authors

  • Jamaludin Ibrahim
  • Md. Yazid Mobd. Saman

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v12.980

Abstract

Di dalam penyelidikan ini, satu kajian dilaksanakan ke atas rekabentuk Rangkaian Gelang yang menggunakan kaedah Protokol Capaian Saluran Laluan Token (Token Passing Channel Access Protocol). Institute of Electrical, Electronics and Engineering (IEEE) telah mencadangkan protokol Laluan Token di atas sebagai Protokol Piawai 802.5 untuk Rangkaian Gelang. Satu penilaian prestasi dijalankan ke atas Rangkaian Gelang ini dengan menggunakan kaedah pemodelan simulasi secara diskrit. Kajian dijalankan dengan membina satu model asas untuk rangkaian di atas. Apabila model asas ini didapati tepat dan hasil simulasinya sejajar dengan hasil penyelidikan yang lain, kajian dilanjutkan untuk meneliti model-model rangkaian dengan penghantaran tak-habisan (non-exhaustive transmission) dan penghantaran habisan (exhaustive transmission) dan model sistem berprioriti (prioritized system). Makalah ini memberikan analisis dan perbandingan di antara model dengan penghantaran tak-habisan dan habisan serta model tak-berprioriti serta sistem rangkaian yang berprioriti. Kata kunci: Rangkaian Gelang, Token, Prestasi, Simulasi, Rangkaian berprioriti, Penghantaran Tak-Habisan dan Habisan

Downloads

Published

1988-05-11

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Prestasi Rangkaian Gelang Yang Berprioriti Dan Yang Tak-Berprioriti. (1988). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 12(1), 10-19. https://doi.org/10.11113/jt.v12.980