Kajian Tinjauan Hubungan Etnik Dalam Kalangan Pelajar Tahun Satu Di Kampus Johor Bahru, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Authors

  • Hamidah Ab Rahman
  • Hamidah Abd Rahman
  • Norlin Ahmad
  • Nor Akmar Nordin
  • Norashikin Mahmud
  • Rozianan Shaari
  • Shah Rollah Abdul Wahab

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v54.99

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang tahap hubungan sosial dan patriotisme dalam kalangan pelajar tahun satu Kampus Johor Bahru, UTM. Seramai 521 pelajar yang telah mengikuti kursus Hubungan Etnik (KHE) menjadi responden kajian ini. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan borang soal selidik. Skop kajian ini tentang hubungan sosial daripada perspektif perpaduan kaum dan partriotisme yang melibatkan kecintaan, kebanggaan dan kesetiaan kepada negara. Data dianalisis menggunakan kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan tahap hubungan sosial pelajar tahun satu adalah berada pada tahap sederhana. Manakala patriotisme pula berada pada tahap tinggi. Beberapa cadangan juga dikemukakan untuk memperbaiki kelemahan–kelemahan kepada pengajaran dan pembelajaran kursus Hubungan Etnik di UTM. Kata kunci: Hubungan etnik; perpaduan; hubungan sosial; patriotisme; masyarakat majmuk; polarisasi This research discusses the level of social relation and patriotism among first year students in Johor Bahru Campus, UTM. Respondents of this study were 521 students enrolled in the Ethnic Relation course. A survey method using questionnaire was used. The scopes of the study include social relation from the perspective of ethnic unity and patriotism in the context of love, admiration and loyalty to the country. Data were analyzed using frequency, percentage and mean. The findings showed that the level of social relation among the first year students was at a moderate level, whereas the level of patriotism was high. Several recommendations are given to improve the weaknesses of teaching and learning in Ethnic Relation course at UTM. Key words: Ethnic relation; unity; social relation; patriotism; plural society; polarization

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Social Sciences

How to Cite

Kajian Tinjauan Hubungan Etnik Dalam Kalangan Pelajar Tahun Satu Di Kampus Johor Bahru, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). (2012). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 54(1), 65–76. https://doi.org/10.11113/jt.v54.99