Morfologi Abu Terbang Dari Emisi Dandang Kilang Kelapa Sawit

Authors

  • Mohd. Rashid Mohd. Yusof
  • Mohd Harun

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v14.998

Abstract

Pendekatan kepada morfologi abu terbang yang diambil dari dua bahagian berasingan di bawah aliran sebuah dandang di kilang memproses buah kelapa sawit iaitu; i) abu terbang yang terkumpul di dalam alat kawalan pencemaran udara, siklon berbilang dan ii) abu terbang yang terlepas ke udara melalui serombong asap, telah dilakukan dengan menggunakan mikroskop imbasan elektron (MIE). Gambaran melalui MIE jelas menunjukkan bahawa saiz butiran abu terbang terkumpul adalah lebih besar daripada saiz butiran abu terbang serombong yang terlepas ke atmosfera. Pembentukan butiran-butiran sfera di atas permukaan kedua-dua sampel abu terbang tersebut juga kelihatan agak jelas. Penggunaan hampas tempurung dan sabut buah kelapa sawit seperti sedia ada sebagai bahan api merupakan faktor utama yang boleh mempengaruhi morfologi zarahan abu terbang tersebut. Analisis beberapa unsur secara semi kuantitatif juga dilakukan dan dibincangkan di dalam kertas kerja ini.

Downloads

Published

1989-05-11

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Morfologi Abu Terbang Dari Emisi Dandang Kilang Kelapa Sawit. (1989). Jurnal Teknologi, 14(1), 35-40. https://doi.org/10.11113/jt.v14.998