Strategi Penggunaan Bahasa dalam Penulisan Rencana Ilmiah / Strategies of Language Use in Writing Scientific Articles

Authors

  • Hanita Hassan Akademi Bahasa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia
  • Che Hazira Che Roza Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya

DOI:

https://doi.org/10.11113/lspi.v7.16324

Abstract

Rencana merupakan sebuah artikel atau makalah yang menghuraikan sesuatu perkara berdasarkan tajuk utama yang dibincangkan oleh penulis. Rencana sering dikaitkan dengan media yang secara tidak langsung mempunyai perkaitan dengan masyarakat yang disatukan dengan sebuah Bahasa sebagai alat komunikasi. Oleh sebab itu, strategi yang berkesan perlu digunakan oleh para penulis rencana bagi memastikan proses penyampaian maklumat dan idea kepada pembaca dapat berlangsung dengan lancar. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti dan membincangkan keberkesanan penggunaan bahasa penulisan rencana dalam akhbar Berita Harian dengan menggunakan ciri penulisan kewartawanan oleh Waterhouse (1989). Hasil kajian mendapati bahawa tidak kesemua rencana yang dikaji menepati ciri-ciri penulisan kewartawanan oleh Waterhouse, iaitu penggunaan kata tidak lazim, penerangan berlebihan, kesalahan ejaan, dan penggunaan istilah jargon. Para penulis dilihat sangat mementingkan gaya penulisan mereka dan juga memfokuskan bidang kemahiran mereka ketika menghasilkan rencana agar penulisan tersebut menjadi satu identiti mereka malah setiap pandangan mereka menjadi satu ilmu yang berguna untuk masyarakat. Malahan, keberkesanan penggunaan bahasa dalam rencana sangat bergantung kepada cara penulis mengolah idea yang dibangkitkan dan penerimaan masyarakat juga menjadi penanda kepada keberkesanan bahasa yang digunakan oleh penulis.

Downloads

Published

2020-11-30

Issue

Section

Articles

How to Cite

Strategi Penggunaan Bahasa dalam Penulisan Rencana Ilmiah / Strategies of Language Use in Writing Scientific Articles. (2020). LSP International Journal, 7(2), 139-153. https://doi.org/10.11113/lspi.v7.16324