Eufemisme Haiwan dalam Masyarakat Orang Asli Suku Kaum Jakun: Analisis Teori Relativiti Linguistik
Euphemisms of Animals in the Jakun Indigenous Community: An Analysis Based on the Theory of Linguistic Relativity
DOI:
https://doi.org/10.11113/lspi.v12.25199Keywords:
Eufemisme, Bahasa Halus, Tabu, Orang Asli Jakun, Teori Relativiti LinguistikAbstract
Penggunaan eufemisme dalam menyampaikan kepercayaan merupakan warisan budaya masyarakat tradisional yang masih diamalkan hingga kini. Walaupun banyak kajian telah dijalankan terhadap bahasa halus dalam kalangan masyarakat Orang Asli, Iban dan Melayu Sarawak, namun kajian mengenai eufemisme yang berkaitan dengan haiwan bagi masyarakat Orang Asli Jakun di Johor masih kurang diberikan perhatian. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti bentuk eufemisme yang digunakan oleh masyarakat Orang Asli di Kampung Tambak Dapor, Johor dan menganalisis sistem kepercayaan mereka berdasarkan Teori Relativiti Linguistik. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi temu bual secara spontan bersama Tok Batin dan warga tempatan sebagai informan utama. Hasil kajian menunjukkan bahawa masyarakat Jakun menggunakan 10 istilah bahasa halus seperti kucing besar, mata kuning, dan pendantil bagi menggantikan nama sebenar haiwan yang dianggap sulit untuk disebut secara umum dalam sesetengah situasi. Analisis turut mendapati bahawa struktur bahasa halus yang digunakan mencerminkan cara masyarakat ini memahami realiti dan dunia ghaib berdasarkan pengalaman budaya yang diwarisi. Kajian ini mencadangkan agar dokumentasi eufemisme dalam kalangan masyarakat Orang Asli diperluas dan dimanfaatkan dalam pemeliharaan warisan linguistik negara.
References
Brady, A., McMahon, B., & Naulty, F. (2021). Estimates of locomotion in Asian elephants (Elephas maximus) using video monitoring at Dublin Zoo, Ireland. JZAR: Journal of Zoo and Aquarium Research. 9(2): 124133.
Clinton Ringit, Hamidah Abdul Wahab, & Remmy Gedat. (2019). Domain kepercayaan bahasa halus masyarakat Iban Sebuyau, Sarawak: analisis Metafora Konsepsi. Asian People Journal, 2(2): 1830.
Hamidah Abdul Wahab, Siti Marina Kamil & Remmy Gedat. (2020). Bentuk dan penggunaan bahasa halus dalam masyarakat Melayu dan Iban di Sarawak. Issues in Language Studies, 9(1): 1527.
Hasmidar Hassan, Radiah Yusoff & Nur Sharina Sahar. (2021). Pengetahuan bersama tentang tabu dalam masyarakat silang budaya sebagai jaminan kesantunan berbahasa. Jurnal Melayu Sedunia, 4(1), 4274.
Mangie Anak Liddy & Kartini Abd. Wahab. (2021). Tabu bahasa dalam aktiviti ekonomi masyarakat Iban di Sungai Passai, Sarawak. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 17(2): 375388.
Mohamad Nik Mat Pelet et al. (2025). Unsur eufemisme dalam peribahasa masyarakat peribumi Orang Asli. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 15(1): 5262.
Mohamad Rozi Kassim. (2021). Etnografi komunikasi orang asli Jakun. MELAYU: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 14(1): 2144.
Nurul Jannah Hussin & Mohamad Suhaizi Suhaimi. (2023). Pemilihan dan penguasaan bahasa dalam kalangan anak pasangan kahwin campur Orang Asli Jakun. IJLEAL: International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 13(1): 4756.
Sapir, E. 1921. Language: An Introduction to the study of speech. New York, London: Harcourt Brace Jovanovich Publishers.
Shipton, K. & Herpt, S. (2021). A physiotherapy program for bears at Animals Asia’s Vietnam Bear Rescue Center. The IAABC Foundation Journal, 22. Doi: 10.55736/iaabcfj22.4.













