Kata Sapaan Kekeluargaan dalam Komunikasi Lisan Masyarakat Melayu di Jitra, Kedah
Kinship Terms of Address in Spoken Communication within the Malay Community of Jitra, Kedah
DOI:
https://doi.org/10.11113/lspi.v13.26553Keywords:
kata sapaan, kekeluargaan, sosiopragmatik, Teori Ervin-Tripp (1986)Abstract
The study was conducted with the objective of identifying the use of address terms in the communication of the Malay community in Jitra, Kedah and analyzing these terms based on Ervin-Tripp’s (1986) Theory of Address. The researcher utilized three types of rules for address term usage as explained by Ervin-Tripp: alternation rules, co-occurrence rules and sequencing rules. However, this study specifically focuses on Alternation Rules to analyze kinship address terms in Jitra, Kedah. The study employed a qualitative approach, utilizing non-participant observation and semi-structured interviews to gather data. The researcher interviewed six informants to obtain information regarding kinship address terms. The data for this study focused on a specific location which is namely Kampung Bemban. The findings indicate that kinship address terms are still actively used within the Malay community of Jitra, Kedah. According to the informants, they continue to use terms such as cek, adik, pakcik, makcik, maklong, makngah and other words to address family members. However, several kinship terms have undergone an expansion in usage to address individuals who do not share blood relations. Through the analysis of Ervin-Tripp’s (1986) theory, this study proves that the use of kinship address terms in Jitra, Kedah is based on factors of age and an individual's rank within the family hierarchy. The study also demonstrates that the kinship term cek and the expanded use of the terms maklong and paklong to refer to outsiders are the most significant findings.
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti penggunaan kata sapaan dalam komunikasi masyarakat Melayu di Jitra, Kedah dan menganalisis penggunaan kata sapaan dalam komunikasi masyarakat Melayu di Jitra, Kedah berdasarkan teori sapaan Ervin-Tripp (1986). Pengkaji telah menggunakan tiga jenis peraturan penggunaan kata sapaan yang telah dijelaskan oleh Ervin Tripp iaitu peraturan alternasi, peraturan kejadian bersama dan peraturan perurutan. Walau bagaimanapun, kajian ini memfokuskan Peraturan Alternasi untuk menganalisis kata sapaan kekeluargaan di Jitra, Kedah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kaedah pemerhatian tidak turut serta dan kaedah temu bual separa berstruktur bagi mendapatkan data. Pengkaji telah menemu bual enam informan untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan kata sapaan kekeluargaan. Data bagi kajian ini telah ditumpukan pada lokasi terperinci iaitu di Kampung Bemban. Kajian ini mendapati kata sapaan kekeluargaan dalam masyarakat Melayu Jitra, Kedah masih digunakan. Menurut informan, mereka masih menggunakan kata sapaan seperti cek, adik, pakcik, makcik, maklong, makngah dan sebagainya untuk menyapa ahli keluarga yang lain. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kata sapaan kekeluargaan yang telah mengalami peluasan penggunaan untuk menyapa orang yang tidak mempunyai pertalian darah. Melalui analisis teori Ervin-Tripp (1986), kajian ini membuktikan bahawa penggunaan kata sapaan kekeluargaan di Jitra, Kedah adalah berdasarkan faktor usia dan pangkat seseorang dalam hubungan kekeluargaan. Kajian ini juga telah membuktikan bahawa kata sapaan kekeluargaan cek dan peluasan penggunaan kata sapaan kekeluargaan maklong dan paklong untuk merujuk orang luar adalah yang paling signifikan.













