SIMULASI KESAN ARAS AIR BUMI DAN MODULUS ELASTIK TANAH TERHADAP PESONGAN DAN MOMEN LENTUR BAGI CERUCUK TERGEREK BERSEBELA.HAN ('CONTIGUOUS BORE PILE') - KAJIAN KES

Authors

  • Fauziah Kasim Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia 81310 UTM Skudai, Johor, Malaysia
  • Jong Hui Kiat Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia 81310 UTM Skudai, Johor, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.11113/mjce.v13.15641

Abstract

Projek ini 'membincangkan penggunaancerucuk tergerek bersebelahari sebagai
struktur penahan bagi suatu kerja pengorekan tanah. Kaedah analisis dan rekabentuk
tembok penahan cerucuk tergerek bersebelahan .adalah mirip kepada kaedah analisis
dan rekabentuk cerucuk keeping manakala teknik pembinaannya adalah sama seperti
cerucuk tergerek biasa. Satu kajian param etric mengenai penggunaan cerucuk tergerek
bersebelahan sebagai tembok penahan julur dijalankan. Program komputer FREWtelah
digunakan untuk menganalisis beberapa parameter y ang berkaitan dengan rekabentuk
dan prestasi tembok penahan. Aras air bumi dan modulus elastik tanah diubah bagi
berbagai nilai untuk:mengkaji kesan perubahan param eter-parameter tersehut terhadap
pesongan dan momen lentur tembok. Keputusan menunjukkan kenaikan 1 m aras air
bumi akan menyebabkan peningkatan nilai pesongan maksimum tembok dalam
lingkungan 30 % berbanding dengan nilai asal. Nilai modulus elastik tanah yang
lebih rendah akan menghasilkan nilai pesongan yang lebih tinggi. Keputusan
profil pesongan dari analisis program FREW adalah hampir dengan bacaan
'inclinometer' di tapak yang menunjukkan kelakuan tembok julur. Kedudukan aras
air bumi juga didapati mempengaruhi nilai momen lentur sesuatu tembok
penahan. Walau bagaimanapun modulus elastik tanah tidak begitu mempengaruhi
nilai momen lentur dalam tembok. Manakala kajian kes prestasi di kawasan
pembangunan bercampur di Mukim Sungai Buloh, Petaling Jaya, Selangor Darul
Ehsan menunjukkan cerucuk tergerek 'contiguous ' merupakan satu alternatifyang
baik sebagai struktur penahan terutama bagi pembinaan yang melibatkan
pengorekan. Kajian kes 'ini menunjukkan bahawa tembok tersebut masih boleh
berfungsi walaupun mengalami pesongan yang hampir kepada 150 mm. fa juga
dapat menanggung momen lentur yang melebihi 1000 ICNm. Taburan menunjukkan
nilai momen lentur maksimum -adalah berada pada bahagian lebih kurang satu
pertiga di bawah paras korekan. Ini adalah merupakan sifat tembok julur seperti
yang dinyatakan oleh Padfield & Mair (1983). Taburan ini adalah mirip kapada
taburan momen sebuah rasukjulur yang diikat tegar pada penyokong.

References

Burland; J. B. , Potts, D. M. & Walsh, N. M. (1981), "The Overall Stability of Free

and 'Propped Embedded Cantilever Retaining Walls", Ground Engineering Vol

, 1981, Essex, Foundation Publications Ltd, IDS 28-37.

Burland, J. B. , Potts, D. M. (1983), " A Parametric Study of Free And Embedded

Cantilever Retaining Walls ", Supplementary Report 813, Transport and Road .

Research Laboratory, London. .' _

Das, B. M. (1999), "Principles of Foundation Engineering", 4th Edition. Pacific

Grove, U.S.A. BrookslCole Publishing Company, 862 IDS.

Fleming,W. G. K, Weltman, A. J., Randolph, M. F. and Elson, W. K. (1992),

"Piling Engineering" 2nd Edition. LOndon, U.K. Blackie Academic &

Professional, 390 ms.

Ooi; H. B. & Yap, L. P. (1983). "Soil Retaining Structures-Design & Construction

Practice In Malaysia" . Confrence On Key Issues In Foundation Enginnering.

Padfield, C. J. & Mair, R J. (1983), " Design of Retaining Walls Embedded In

Stiff Clay", Construction Industry Research and Information Association

(CIRIA) Report 104.

Tomlinson, M. J. (1986). -"Foundation Design and Constuction" 5th Edition.

Essex,U.K. Longman Group.

Downloads

Published

2018-02-20

Issue

Section

Articles

How to Cite

SIMULASI KESAN ARAS AIR BUMI DAN MODULUS ELASTIK TANAH TERHADAP PESONGAN DAN MOMEN LENTUR BAGI CERUCUK TERGEREK BERSEBELA.HAN (’CONTIGUOUS BORE PILE’) - KAJIAN KES. (2018). Malaysian Journal of Civil Engineering, 13(1). https://doi.org/10.11113/mjce.v13.15641