Keunggulan Kaedah Eklektik dalam Pengajaran Bahasa Arab kepada Pelajar Melayu

Authors

  • Maimun Aqsha Lubis Hj Abdin Lubis Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Sabariah Sulaiman Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Asma Abdul Rahman Jabatan Bahasa Arab, Universiti Sains Islam Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.11113/lspi.v3n2.40

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan satu kajian yang dijalankan terhadap 300 orang pelajar Pusat Matrikulasi UIAM berhubung keberkesanan tiga kaedah pengajaran Bahasa Arab terhadap pelajar Melayu. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian eksperimen kuasi iaitu kajian uji kaji yang mengawal beberapa pemboleh ubah tertentu untuk mengenal pasti kesan ketiga-tiga kaedah pengajaran bahasa Arab sahaja. Temu bual juga dijalankan terhadap 10 orang pensyarah yang mengajar bahasa Arab di Pusat Matrikulasi UIAM untuk mengetahui langkah-langkah bagi dua kaedah pengajaran yang wujud di pusat ini, iaitu kaedah A dan kaedah B. Kaedah C yang dibina berasaskan gabungan kedua-dua kaedah A dan B turut digunakan dalam kajian ini. Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti kaedah pengajaran bahasa Arab yang paling berkesan antara tiga kaedah pengajaran yang digunakan kepada pelajar Melayu. Penganalisisan data kuantititatif dibuat menggunakan Statistical Package for Social Scienceses (SPSS) dengan menganalisis min pencapaian bagi keempat-empat kemahiran (mendengar, bertutur, membaca dan menulis) mengikut kaedah pengajaran dan peringkat kebolehan pelajar. Penganalisisan dibuat dengan menggunakan analisis varian (ANOVA) dan ujian Tukey. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah Eklektik Sistematik adalah kaedah yang paling berkesan terhadap keempat-empat kemahiran pada kedua-dua peringkat; permulaan dan pertengahan dalam pengajaran Bahasa Arab terhadap pelajar Melayu di Pusat Matrikulasi UIAM.

References

Abdul Aziz Talib. 1989. Pengajaran dan Pengujian Bahasa. (pnyt.). Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Chastain, D. K. & Woerdehoff J. F. 1968. A Methodologicalsstudy Comparing The Audio Lingual Habit Theory And The Cognitif Code-Learning Theory. Modern Language Journal. 52(11): 268-279.

Maimun Aqsha Lubis. 1989. Kaedah Pengajaran Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua: Satu Kajian Di Kalangan Mahasiswa Tahun Pertama Universiti Islam Antarabangsa. Kertas kerja Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 11 Disember.

Maimun Aqsha Lubis. 1991. Satu Perbandingan Kesan Dua Kaedah Pengajaran Bahasa Arab Terhadap Pencapaian Kemahiran Bahasa Di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mustafa Ghalayin. 1973. Jami ut al-durus al-cArabiyah. Juzu’ satu. Libya: t.pt.

Mahmud Ismail Sini, Nasif Mustafa & Mukhtar al-Tahir. 1983. Al-Arabiyyat li al-nashi in: Kitab al-Mu alim. Riyadh: Jami at al-Malik Sa ud.

Pusat Pengajian Siswasah UKM. 2004. Panduan Menulis Tesis Gaya UKM. Bangi: Penerbit Universti Kebangsaan Malaysia.

Downloads

Published

2018-01-08

Issue

Section

Articles

How to Cite

Keunggulan Kaedah Eklektik dalam Pengajaran Bahasa Arab kepada Pelajar Melayu. (2018). LSP International Journal, 3(2). https://doi.org/10.11113/lspi.v3n2.40