Motivasi dan Halangan Bagi Pelajar Asing Menguasai Bahasa Melayu Melalui Pembelajaran Secara dalam Talian di Universiti Teknologi Malaysia

Motivation and Obstacles for Foreign Students to Master the Malay Language through Online Learning at Universiti Teknologi Malaysia

Authors

  • Halimah Ma’alip Akademi Bahasa, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru, Johor, Malaysia
  • Khuzaiton Zakaria Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Kelantan
  • Che Hazira Che Roza Fakulti Pendidikan Universiti Malaya
  • Nurul Adila Zulkipli Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.11113/lspi.v8.17945

Keywords:

Halangan, motivasi, pelajar asing, penguasaan bahasa Melayu, pembelajaran secara dalam talian

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap motivasi pelajar asing dalam menguasai bahasa Melayu secara pembelajaran dalam talian. Selain itu, kajian ini juga menghuraikan halangan yang mempengaruhi mereka dalam menguasai bahasa Melayu melalui pembelajaran dalam talian. Kaedah kuantitatif dan instument soal selidik telah digunakan bagi memperoleh data kajian ini. Sebanyak 227 orang responden dipilih merupakan pelajar asing yang mengambil Kursus Bahasa Melayu Komunikasi dari pelbagai negara. Data dianalisis dan dipaparkan dalam bentuk min, sisihan piawai dan tahap interprestasi. Dapatan kajian ini mendapati bahawa min keseluruhan bagi tahap motivasi pelajar asing dalam menguasai bahasa Melayu secara dalam talian ialah tinggi. Hal ini membuktikan bahawa pelajar asing ini masih bersemangat untuk menguasai bahasa Melayu walaupun pembelajaran dijalankan secara dalam talian. Min keseluruhan bagi halangan pelajar asing menguasai bahasa Melayu ialah sederhana dan membuktikan bahawa halangan ini hanya dihadapi oleh segelintir pelajar sahaja. Sikap pelajar yang bermotivasi tinggi mampu mengatasi setiap halangan. Pelajar perlu menyesuaikan diri pada musim pandemik ini dan menggunakan peluang ini untuk meningkatkan pengetahuan dalam pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian.

Downloads

Published

2021-12-15

Issue

Section

Articles

How to Cite

Motivasi dan Halangan Bagi Pelajar Asing Menguasai Bahasa Melayu Melalui Pembelajaran Secara dalam Talian di Universiti Teknologi Malaysia : Motivation and Obstacles for Foreign Students to Master the Malay Language through Online Learning at Universiti Teknologi Malaysia. (2021). LSP International Journal, 8(2), 41-54. https://doi.org/10.11113/lspi.v8.17945