Tahap Penguasaan dan Hubungan antara Faktor Sikap, Motivasi dan Persekitaran Guru Pelatih Bahasa Kedua dalam Tatabahasa Bahasa Melayu

Levels of Mastery and the Relationship between Attitude, Motivation and Environment of the Second Language Teachers Trainees in Malay Grammar

Authors

  • Voo Mui Ting Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tg. Malim Perak, Malaysia
  • Norfaizah Abdul Jobar Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tg. Malim Perak, Malaysia
  • Zuraini Ramli Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tg. Malim Perak, Malaysia
  • Rozaimi Ramli Kolej Vokasional Slim River Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.11113/lspi.v10.19177

Keywords:

Penguasaan tatabahasa, sikap, motivasi, persekitaran, guru pelatih bahasa kedua

Abstract

Kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap penguasaan tatabahasa bahasa Melayu; menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan tatabahasa bahasa Melayu; dan mengenal pasti hubungan antara faktor sikap, motivasi dan persekitaran guru pelatih dalam menguasai tatabahasa bahasa Melayu. Seramai 80 orang guru pelatih bahasa kedua Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dipilih sebagai responden kajian. Instrumen kajian adalah menggunakan borang soal selidik dan ujian tatabahasa dalam bentuk Google Forms. Pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif tinjauan melalui soal selidik untuk mengumpulkan data. Data bagi soal selidik ini dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Hasil kajian bagi objektif pertama mendapati bahawa faktor sikap merupakan faktor utama yang mempengaruhi penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan guru pelatih bahasa kedua. Seterusnya, dapatan bagi objektif kedua pula menjelaskan tahap penguasaan tatabahasa bahasa Melayu guru pelatih berada pada tahap yang sangat baik. Bukan itu sahaja, objektif ketiga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara faktor sikap, motivasi dan persekitaran guru pelatih bahasa kedua. Kesimpulannya, walaupun bahasa ibunda responden bukanlah bahasa Melayu namun responden dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik. Pelaksanaan kajian ini dapat memberi implikasi kepada guru, pelajar dan masyarakat bagi menambah baik penguasaan terhadap tatabahasa bahasa Melayu.

 

The aim of this study is to identify the proficiency of second language trainee teachers in their grammatical aspect of Malay language; to describe the factors that influence Malay language proficiency for second language trainee teachers; and to identify the relationship between the attitude, motivation and environmental factors among second language trainee teachers. The respondent for this study involved 80 second language trainee teachers in UPSI with purposive sampling method.  Questionaire and grammar test in Google Form are the instrument of this study. The data were analyzed by using descriptive and inference analysis. The study of first objective show that the  level of proficiency Malay grammar among second language trainee teachers was found to be at a very good level. Second objective of this study show that the attitude factors are the main factors that influence Malay language proficiency among second language trainee teachers. Not only that, there is a significant relationship between the attitude, motivation and environmental factors among second language trainee teachers. In conclusion, although the respondent's mother tongue is not Malay but they can master the Malay language well. The implementation of this study can benefit teachers, students and the community to improve their proficiency in Malay grammatical.

Downloads

Published

2023-06-07

Issue

Section

Articles

How to Cite

Tahap Penguasaan dan Hubungan antara Faktor Sikap, Motivasi dan Persekitaran Guru Pelatih Bahasa Kedua dalam Tatabahasa Bahasa Melayu: Levels of Mastery and the Relationship between Attitude, Motivation and Environment of the Second Language Teachers Trainees in Malay Grammar. (2023). LSP International Journal, 10(1), 19-38. https://doi.org/10.11113/lspi.v10.19177