Persepsi Mahasiswa Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan, UIAM Terhadap Tulisan Jawi

Perception of Kulliyyah of Languages and Management Students, IIUM Towards Jawi Writing

Authors

  • Aminnudin Saimon Kulliyyah Bahasa & Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Hab Pendidikan Pagoh, Malaysia
  • Nur Hidayah Takmad Kulliyyah Bahasa & Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Hab Pendidikan Pagoh, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.11113/lspi.v10.19673

Keywords:

Persepsi, Tulisan Jawi, Mahasiswa, Kajian Gabungan

Abstract

Penguasaan tulisan Jawi masyarakat khususnya golongan remaja pada masa kini boleh dilihat dalam keadaan yang amat membimbangkan. Sebahagian besar bangsa Melayu khususnya golongan remaja masih lagi tidak menguasai tulisan Jawi dengan baik. Kesannya telah mengakibatkan masih ramai individu yang menjadi buta Jawi akibat peminggiran dalam menjaga kepentingan pemeliharaan tulisan Jawi. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan persepsi mahasiswa mengenai tulisan Jawi. Objektif bagi kajian ini adalah mengenal pasti persepsi mahasiswa UIAM terhadap tulisan Jawi serta menghuraikan persepsi mahasiswa UIAM terhadap pemeliharaan tulisan Jawi. Kajian ini berbentuk kajian gabungan yang mana pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dengan menemu bual seramai 3 orang responden beserta kaedah kuantitatif dengan menyebarkan borang soal selidik secara dalam talian seramai 50 responden yang berlatarbelakangkan pelajar Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan. Hasil dapatan mendapati bahawa kesemua pelajar masih menunjukkan minat dalam mengambil berat terhadap kepentingan tulisan Jawi. Kesemua soalan yang telah dijawab menunjukkan tahap yang tinggi dan boleh dipercayai apabila jumlah Cronbach’s Alpha memiliki jumlah yang sangat baik. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa kajian ini telah mencapai tahap yang memuaskan apabila segala persoalan dan objektif kajian dapat diselesaikan menerusi penghasilan kajian ini.

 

The mastery of Jawi writing in the community, especially among teenagers, can now be seen in a very worrying situation. Most Malays, especially teenagers, still do not know Jawi writing well. The effect has resulted in many individuals becoming Jawi blind due to marginalisation in maintaining the importance of preserving Jawi writing. Therefore, this study was conducted to obtain students' perceptions of Jawi writing. The objective of this study is to identify the perceptions of IIUM students on Jawi writing and to describe the perceptions of IIUM students on the preservation of Jawi writing. This study is a combined study in which the researcher uses qualitative methods by interviewing 3 respondents along with quantitative methods by distributing online questionnaires to 50 respondents with the background of Kulliyyah Language and Management students. The results showed that all students still showed an interest in caring about the importance of Jawi writing. All the questions that have been answered show a high and reliable level when the Cronbach’s Alpha number has a very good number. Therefore, it can be said that this study has reached a satisfactory level when all the questions and objectives of the study can be resolved through the production of this study.

Downloads

Published

2023-06-07

Issue

Section

Articles

How to Cite

Persepsi Mahasiswa Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan, UIAM Terhadap Tulisan Jawi: Perception of Kulliyyah of Languages and Management Students, IIUM Towards Jawi Writing. (2023). LSP International Journal, 10(1), 103-122. https://doi.org/10.11113/lspi.v10.19673