Model Persamaan Struktur untuk Mengkaji Penggunaan Kenderaan tidak Bermotor Berdasarkan Teori Tingkah Laku Terancang

Authors

  • Muhamad Razuhanafi Mat Yazid Universiti Kebangsaan Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v62.1341

Keywords:

Teori sains tingkah laku, model persamaan struktur, kenderaan tidak bermotor, kenderaan bermotor.

Abstract

Konsep pengangkutan tidak bermotor adalah penting bagi menjamin kehidupan dalam persekitaran yang bersih, sihat dan berkualiti tinggi. Hari ini, sistem pengangkutan bandar-bandar di Malaysia mempunyai imej buruk seperti kesesakan, kemalangan, ketiadaan pengangkutan awam sebagai alternatif serta konflik pembebasan gas karbon ke ruang atmosfera menyumbang kepada pencemaran alam dan kepincangan dari aspek kualiti mobiliti kehidupan secara umumnya. Tujuan kajian ini adalah untuk mengukur kesahan dan kebolehpercayaan Instrumen model kenderaan tidak bermotor. Instrumen 4 konstruk yang mengandungi 17 item skala 5 mata telah digunakan dalam kajian ini. Instrumen ini telah ditadbirkan kepada 400 orang responden di bandar Kota Bharu yang dipilih secara rawak berkelompok. Perisian Amos versi 7 digunakan untuk menganalisis data. Nilai Comparative Fit Index (CFI), Tucker Lewis Index (TLI) dan RMSEA digunakan untuk mengekal dan menggugurkan item. Dapatan akhir kajian menggunakan model pengukuran confirmatory factor analisis telah menggugurkan 7 item dan mengekalkan 10 item yang sah dan boleh dipercayai untuk mengukur 4 konstruk. Instrumen ini boleh digunakan untuk membentuk model penggunaan kenderaan tidak bermotor berdasarkan teori tingkah laku terancang (TPB) iaitu berbasikal dan berjalan kaki dalam menjadikannya sebagai mod pengangkutan pilihan di Malaysia.

Author Biography

  • Muhamad Razuhanafi Mat Yazid, Universiti Kebangsaan Malaysia

Downloads

Published

2013-05-27

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Model Persamaan Struktur untuk Mengkaji Penggunaan Kenderaan tidak Bermotor Berdasarkan Teori Tingkah Laku Terancang. (2013). Jurnal Teknologi, 62(1). https://doi.org/10.11113/jt.v62.1341