Pengetahuan Murid dan Perkaitan Ibu Bapa Terhadap Kesedaran Alam Sekitar: Satu Kajian Awal
DOI:
https://doi.org/10.11113/jt.v64.1501Keywords:
Pengetahuan, nilai-nilai murni, medium, ibu bapaAbstract
Kajian ini merupakan kajian awalan tentang kurikulum Sains sekolah rendah berkenaan pengetahuan dan kesedaran murid terhadap alam sekitar di sekolah kebangsaan. Pengetahuan alam sekitar dalam kajian ini difokuskan kepada Unit Pengendalian Bahan Buangan iaitu bagi tajuk Bahan Buangan, Kesan Bahan Buangan dan Pereputan Bahan Buangan serta Kemusnahan Alam Sekitar di bawah Unit Interaksi Antara Benda Hidup berdasarkan kurikulum Sains tahun 6. Data dikutip menggunakan kaedah kaji selidik yang terdiri daripada dua set soalan iaitu set A (72 item) dan set B (28 item) terhadap 31 sampel murid dan 30 sampel ibu bapa. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan peratusan untuk menentukan tahap pengetahuan murid, analisis ujian t untuk menentukan perbezaan antara jantina dan khi kuasa dua perkaitan antara sektor perkerjaan ibu bapa dengan tingkah laku murid terhadap alam sekitar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan alam sekitar dalam kalangan murid adalah tinggi dan tahap kesedaran adalah sederhana. Guru Sains tahun 6 juga didapati telah menerapkan nilai-nilai murni alam sekitar semasa mengajar mata pelajaran Sains. Terdapat perkaitan antara sektor pekerjaan bapa dengan tingkah laku murid terhadap alam sekitar iaitu pada nilai χ2 = 27.871 (p=.000), tetapi sebaliknya bagi sektor pekerjaan ibu. Selain itu, ibu bapa berpendapat bahawa mereka merupakan pihak yang bertanggungjawab meningkatkan kesedaran anak terhadap alam sekitar, manakala sekolah merupakan medium yang paling sesuai untuk tujuan tersebut. Kesimpulannya, selain daripada sekolah dan guru, ibu bapa juga berperanan penting dalam meningkatkan kesedaran murid terhadap alam sekitar. Walau bagaimanapun, kajian lanjut mencadangkan sampel lebih besar untuk penentuan pengaruh ibu bapa terhadap kesedaran alam sekitar murid.
Â
References
Aini, M.S., Nor Azura, S. & Fakhru’l-Razi, A. 2011. Impact of Environmental Education on Concern, Knowledge and Sustainable Behaviour of Primary School Children. Health and the Environmental Journal. 2(1): 50–53.
Aini, M. S., Nurizan, Y. & Fakhrul-Razi, A. 2007. Environmental Comprehension and Practices of Malaysian Youth. Journal of Environmental Education Research. 13(1): 17–31.
Cotton, D. R. E. 2006. Implementing Curriculum Guidance on Environmental Education: The Importance of Teachers’ Beliefs. Journal of Curriculum Studies. 38(1): 67–83.
Epstein, J. L. 1992. School and Family Partnership. Dlm. Aiken, M. (pnyt.) Encyclopedia of Educational Research. 6th ed. New York: Macmillan. 1139–1151.
Epstein, J. L. 2001. School, Family, and Community Partnership: Prepairing Educators and Improving Schools. Boulder Co: Westriew .
Habibah Lateh & Punitha Muniandy. 2012. Amalan pengajaran pendidikan alam sekitar di Institut Pendidikan Guru, Kampus Pulau Pinang. Geografia: Malaysia Journal of Society and Space. 8(2): 1–6.
Ika Liana Khalid, Rosta Harun, Azizi Muda & Ismi Arif Ismail. 2011. Level of Knowledge on Environmental Issues and Environmental Education of Primary Schools’ Headmasters in Kuala Lumpur, Malaysia. World Applied Sciences Journal. 14 (Exploring Pathway to Sustainable Living in Malaysia: Solving the Current Environmental Issues). 97-100. 2011. ISSN 1818-4952; IDOSI Publications.
Ireson, J. 2008. Exploring Connections Between Individual and Culture at Home and at School. Dlm Ireson, J. Learners, Learning, and Educational Activity. New York: Routledge.
Jeynes, W. 2004. Parental Involvement And Secondary School Student Educational Outcomes: A Meta-analysis. Evaluation Exchange. 4: 6.
Kochanska, G. 2009. Mutually Responsive Orinetation Between Mothers and Their Children: A Context for the Early Development of Conscience. Dlm. Liben, L. S. Current (ed.) Directions in Developmental Psychology. Pearson: Boston.
Marcinkowski, T. J. 2009. Comtemporary Challenges and Opportunities in Environmenatal Education: Where Are We Headed and What Deserves Our Attention? The Journal of Environmental Education. 41(1): 34–54.
Mohd Zohir Ahmad & Nordin Abd Razak. 2007. Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah: Komitmen Guru. Pendidikan Lestari. DP Jilid. 7(2):74–81.
Moroye, C. M. 2005. Common Ground: An Ecological Perspective on Teaching and Learning. Curriculum and Teaching Dialogue 7. (1/2): 123–139.
Musser, L. M. & Diamond, K. E . 1999. The Children’s Attitudes Toward the Environment Scale for Preschool Children. The Journal of Environmental Education. 30(2): 23–30.
Sharifah Zarina Syed Zakaria & Lilia Halim. 2009. A Study on Malaysia Primary School Science Education: Foundation for Environmental Knowledge. Medwell Journals. The Social Sciences. 4(6).
Sufean Hussin. 1996. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Taskin, O. 2009. The Environmental Attitudes of Turkish Senior School Student in the Context of Post Materialism and the New Environmental Paradigm. International Journal of Science Education. 31: 481–502.
Thiagarajan Nadeson. 2007. WWF Malaysia. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan. Kelestarian Alam Skitar - Cabaran bagi Warga Pendidikan. Hotel De Palma, Ampang. 17–19 Julai.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright of articles that appear in Jurnal Teknologi belongs exclusively to Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (Penerbit UTM Press). This copyright covers the rights to reproduce the article, including reprints, electronic reproductions, or any other reproductions of similar nature.