Tahap Pengetahuan dan Minat Remaja Terhadap Seni Barzanji dan Marhaban: Kajian di Kalangan Pelajar SMKA Negeri Johor
DOI:
https://doi.org/10.11113/jt.v66.1943Keywords:
Barzanji, marhaban, media dakwahAbstract
Kajian ini dibuat bagi mengenal pasti sejauhmana pengetahuan dan minat golongan remaja terhadap seni barzanji dan marhaban. Kajian juga turut melihat aspek hubungan antara minat dengan pengetahuan dan antara pengetahuan dan penglibatan. Kajian ini melibatkan responden seramai 328 orang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Agama seluruh negeri Johor (SMKA) iaitu SMKA Maahad Muar, SMKA Segamat, SMKA Johor Jaya dan SMKA Bandar Penawar. Data yang diperolehi dari soal selidik dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences windows version 20.0 (SPSS). Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan remaja terhadap seni barzanji dan marhaban adalah tinggi iaitu min yang dicatatkan ialah 3.93. Tahap yang sederhana didapati pada aspek minat di mana diperolehi min sebanyak 3.43. Tahap kesesuaian seni barzanji dan marhaban sebagai media dakwah pada pandangan remaja adalah berada di tahap yang tinggi berdasarkan min yang diperolehi iaitu sebanyak 4.41. Terdapat hubungan positif kuat antara minat dengan pengetahuan dan hubungan positif kuat antara pengetahuan dengan penglibatan. Ujian kolerasi menunjukkan nilai (r) 0.870 pada hubungan antara minat dengan pengetahuan dan nilai (r) 0.679 pada hubungan antara pengetahuan dan penglibatan. Memandangkan amalan ini semakin terpinggir dalam masyarakat maka dikemukakan beberapa cadangan bagi memastikan ianya terus subur dan berkembang.
References
Abdul Ghaffar Abdul Quddus. 1993. Barzanji dan Konsep Amalannya di Nusantara. Kuala Terengganu: Penerbit Yayasan Islam Terengganu.
Abu Bakar Selamat dan Nur Haffni Salleh. Kertas kerja. Usaha Yayasan Warisan Johor untuk Memugar, Melestari dan Mengembangkan Seni Bacaan Barzanji. Persidangan Meja Bulat: Seni Warisan Kitab Barzanji. Anjuran Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), UKM. Puri Pujangga Universiti Kebangsaan Malaysia. 21 Disember 2012.
Best, J.W and Kahn, J.V. 1989. Research in Education. 6th. Ed. New Jersey: Prentice Hall.
Joyce P. Gall dan Walter R. Borg. 1996. Educational Research: An Introduction. New York: Longman.
Majid Konting. 2002. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Martin Denscombe. 1988. The Good Research Guide. Buckingham: Open University Press.
Miller dan Salkind. 2002. Handbook of Research Design and Social Measurement. London: Sage Publication.
Mohd. Najib Abdul Ghaffar. 2003. Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki. 2009. Amalan Barzanji Menurut Perspektif Islam. Johor Bahru: Penerbit Pusat Islam Iskandar Johor.
Mujani Tarimin dan Fairuz el-Basri. Pembentukan Generasi Melalui Seni. International Seminar on Islamic Thoughts. Islam: Past, Present and Future. Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. 7-9 Disember 2004
Selamat Hashim. 2008. Jati Diri Johor dalam Pelbagai Perspektif: Barzanji dan Marhaban. Johor Bahru: Penerbit Yayasan Warisan Johor.
Sidek Mohd. Noah. 2002. Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan Praktis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright of articles that appear in Jurnal Teknologi belongs exclusively to Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (Penerbit UTM Press). This copyright covers the rights to reproduce the article, including reprints, electronic reproductions, or any other reproductions of similar nature.