Kajian Aliran Masuk dan Penyusupan dalam Sistem Pembetungan di Taman Sri Pulai, Skudai

Authors

  • Norhan Abd Rahman
  • Mohd Ali Jasmi
  • Mohamed Haniffa Hj Abdul Hamid
  • Aminuddin Mohd Baki

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v39.446

Abstract

Pembinaan keseluruhan sistem pembetungan perlu mengambil kira aliran sebagai parameter bagi penggunaan yang optimum dan mengekalkan kualiti alam sekitar. Aliran berpunca dari penjanaan air kumbahan domestik berdasarkan jumlah populasi penduduk setempat, ditambah dengan aliran masuk dan penyusupan dari air larian permukaan serta air bumi. Objektif kajian adalah untuk menentukan aliran masuk dan penyusupan dalam paip pembetung. Kajian telah dijalankan di sebuah kawasan tadahan perumahan di Taman Sri Pulai, Skudai, Johor, iaitu merupakan kawasan perumahan dan komersil dengan populasi penduduk kurang daripada 2000 PE. Kajian melibatkan penyediaan maklumat awal tapak, kerja pengambilan data dan penganalisisan. Data-data kadar alir dan halaju aliran sama ada dalam musim panas atau musim hujan diukur menggunakan alat flowmeter ISCO 4250 dan juga tolok hujan. Data yang diperolehi kemudiannya dibandingkan dengan formula reka bentuk. Hasil kajian mendapati nilai faktor reka bentuk paip pembetung, F adalah 1.51, purata kadar penyusupan masuk bagi (Qpuncak)jam adalah 8.2%, purata kadar penyusupan masuk bagi (Qpurata) jam adalah 31.3%, dan nilai pekali aliran puncak, K adalah 1.8, menunjukkan sistem pembetungan di Taman Sri Pulai sesuai digunakan. Kajian ini harus dikembangkan ke kawasan tadahan lain dengan meluas bagi mendapatkan ciri-ciri aliran tempatan untuk aliran masuk dan penyusupan. Kata kunci: Aliran masuk; penyusupan; sistem pembetungan; air bumi; air larian permukaan Wastewaters flow very important as a parameter in design and construction the overall sewerage system in order to optimize the usage and maintain the quality of environment. Wastewaters flow generated from domestic sewerage depend on local resident population, additional with inflow including infiltration from surface runoff and groundwater. The objective of this study is to determine inflow and infiltration into sewerage systems. The study was conducted in a typical residential catchment at Taman Sri Pulai, Skudai, Johor, which is a housing and commercial area, with population equivalent less than 2000 PE. The studies included preparation of site information, data collection and data analyses. The collection of flowrate data and flow velocity data whether in dry and wet session are measured using Flowmeter ISCO 4250 and automatic rain gauge. The data obtained from site was compared with the design formula. From the study, the results for factor value of sewerage pipe design, F, is 1.51, average infiltration rate for (Qpeak) hour and (Qaverage) hour are 8.2% and 31.3% and constant value for peak flow, K, is 1.8 show that the sewer line in Taman Sri Pulai is effective. Key words: Inflow; infiltration; sewerage system; groundwater; surface runoff

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Kajian Aliran Masuk dan Penyusupan dalam Sistem Pembetungan di Taman Sri Pulai, Skudai. (2012). Jurnal Teknologi, 39(1), 17–28. https://doi.org/10.11113/jt.v39.446