The Effects of Data Aggregation on the Spatial Analysis of Population Concentration

Authors

  • Ruslan Rainis
  • Noresah Mohd Shariff

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v39.448

Abstract

Artikel ini menerangkan satu kajian kesan agregasi data pada ukuran penumpuan ruangan taburan penduduk bagi Semenanjung Malaysia. Penumpuan ruangan penduduk diukur menggunakan indeks penumpuan penduduk Hoover. Data banci di peringkat daerah dari tahun 1980 hingga 2000 telah digunakan sebagai asas kepada analisis yang dijalankan. Analisis agregasi data telah dijalankan menggunakan tiga peringkat data iaitu daerah, negeri dan wilayah. Secara umum, kajian ini mendapati agregasi data memberi kesan kepada pengukuran penumpuan ruangan taburan penduduk. Ukuran penumpuan penduduk menjadi semakin kecil apabila data semakin diagregatkan dan sebaliknya. Yang lebih penting kajian ini juga mendapati agregasi data tidak semestinya mengulangi tren penumpuan penduduk pada peringkat data yang lebih terperinci. Dengan menggunakan data di peringkat daerah, taburan penduduk Semenanjung Malaysia bagi jangkamasa 20 tahun kajian adalah secara relatifnya seragam iaitu tidak berselerak mahupun bertumpu. Taburan penduduk telah sedikit berselerak pada tahun 1991 tetapi menjadi semakin bertumpu pada tahun 2000 berbanding tahun 1980 yang mana indeks penumpuan penduduk telah berubah dari 49.24 ke 48.85, dan kemudiannya 51.57. Bagaimanapun, taburan penduduk semakin berselerak apabila data diagregatkan ke peringkat negeri dan wilayah. Tren penumpuan penduduk di peringkat wilayah adalah sama dengan peringkat daerah. Yang menarik ialah apabila data peringkat negeri digunakan, tren penumpuan penduduk adalah berbeza yang mana taburan penduduk menjadi lebih bertumpu secara berterusan. Corak yang sama telah diamati pada peringkat wilayah. Dengan variasi yang sedemikian, maka adalah dicadangkan supaya agregasi data yang sesuai digunakan dalam sebarang kajian berkaitan penumpuan ruangan penduduk. Kata kunci: Agregasi data; penumpuan penduduk; indeks hoover; sistem maklumat geografi (GIS) This article describes a study on the effects of data aggregation on the measure of spatial concentration of population distribution for Peninsular Malaysia. Spatial concentration of population is measured using Hoover population concentration index. Census data at the district level from 1980 to 2000 was used as the base for the analysis. Analysis of data aggregation was carried out using three different data levels: district, state and region. This study found that in general, data aggregation affects the measure of spatial concentration of population distribution. The more aggregated the data is, the lower the measure of population concentration, and vice versa. More importantly, the study also found that data aggregation might not necessarily replicate the trend of population concentration at the detailed data level. Using the district level data, the population distribution of Peninsular Malaysia during the twenty years period was neither dispersed nor concentrated but relatively uniform. The population distribution was slightly more dispersed in 1991 but became more concentrated in year 2000 as compared to 1980, with concentration indices changed from 49.24 to 48.85, and then 51.57. However, as the data were aggregated to the regional and state levels, the population distribution becomes more dispersed. The trend of population concentration at the regional level was similar to that of the district data. Interestingly, when using the state data, the trend of population concentration is different, whereby the population distribution continuously becomes more concentrated. Similar pattern was observed at the regional level. With such variations in results, it is recommended that the appropriate data aggregation is used in any study pertaining to the spatial concentration of population. Key words: Data aggregation; population concentration; hoover index; geographical information system (GIS)

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

The Effects of Data Aggregation on the Spatial Analysis of Population Concentration. (2012). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 39(1), 47–62. https://doi.org/10.11113/jt.v39.448