Aplikasi Model Kolb Dalam Program Keusahawanan Remaja

Authors

  • Norasmah Hj. Othman
  • Zaidatol Akmaliah Lope Pihie
  • Mohd. Ibrahim Nazri
  • Rohani Ahmad Tarmizi

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v38.514

Abstract

Pemilihan kaedah pengajaran yang bersesuaian penting kerana ia berupaya membantu meningkatkan tahap pemahaman pelajar terhadap sesuatu perkara. Sumber dan literatur berkaitan pengajaran menyokong penuh program keusahawanan di sekolah menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Namun, bukti-bukti nyata untuk menyokong atau menyangkal kenyataan ini masih kurang. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan terhadap gaya pengajaran yang digunakan penceramah Program Keusahawanan Remaja dengan berasaskan kepada Model Kolb. Tujuan kajian ialah untuk meninjau sama ada terdapat atau tidak percanggahan antara kaedah pengajaran yang kerap digunakan dengan yang sesuai digunakan mengikut persepsi pelajar. Kajian ini melibatkan 425 pelajar program Keusahawanan Remaja. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen. Dapatan kajian menunjukkan terdapat percanggahan antara kekerapan penggunaan kaedah pengajaran oleh penceramah dengan kesesuaian kaedah pengajaran mengikut persepsi pelajar. Secara khususnya, kaedah pengajaran berpusatkan kepada guru di mana pelajar bertindak sebagai pemerhati masih banyak digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbanding kaedah berpusatkan pelajar mengikut persepsi pelajar. Kata kunci: kaedah pengajaran berpusatkan pelajar; program keusahawanan remaja; model Kolb It is important to select appropriate teaching methods because it enhances students understanding of the subject. Teaching resources and related literature support the use of student–centered method in entrepreneurship programmes. Nevertheless, there is little evidence to support or refute this. This study of students´ perception indicated there were discrepancies between methods actually used and those perceived as suitable based on Kolb´s Model. This preliminary study involved 425 students from the Entrepreneurship Training Programme. The instrument employed was a set of questionnaires. Findings indicate that there was a slight discrepancy between the methods frequently used by the facilitators and the methods perceived as suitable for the students. More specifically, teacher–centered method is still widely used in entrepreneurship programmes compared to students–centered methods. Key words: student centered teaching methods; enterpreneurship programmes; Kolb's model of teaching

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Social Sciences

How to Cite

Aplikasi Model Kolb Dalam Program Keusahawanan Remaja. (2012). Jurnal Teknologi, 38(1), 49–64. https://doi.org/10.11113/jt.v38.514