Peristiwa Tahkim Antara ‘Ali dan Mu´awiyah (Tahun 36 H): Suatu Kajian dan Pengajaran
DOI:
https://doi.org/10.11113/jt.v38.516Abstract
Tulisan ini membincangkan Peristiwa Tahkim iaitu persetujuan antara Saidina cAli dan Mu‘ã–wiyah pada tahun 36 H untuk menerima keputusan wakil–wakil yang dilantik dalam menyelesaikan perselisihan antara mereka. Objektif kajian ini ialah untuk memberikan penjelasan menangani peristiwa tersebut. Kajian ini meliputi perbincangan dari beberapa aspek seperti faktor pendorong Peristiwa Tahkim, gambaran peristiwa pada peringkat permulaan dan peringkat perhimpunan wakil kedua pihak. Kajian ini juga membuat analisis terhadap faktor–faktor kegagalan Saidina cAli menangani isu Tahkim dan justifikasi pendirian beberapa sahabat mengenai perlantikan ‘Ali sebagai khalifah. Fokus utama kajian tertumpu pada sejauhmana kebenaran cerita yang mengatakan bahawa wakil pihak Mucãwiyah iaitu cAmr ibn Al–cÃs telah memperdayakan wakil pihak Saidina cAli iaitu Abu Musã al–Ashcari hingga berjaya melucutkan jawatan khalifah daripada Saidina cAli dan mengekalkan kedudukan Mucãwiyah. Kajian mendapati pendapat yang menerima cerita penipuan cAmr ibn Al–cÃs dalam majlis Tahkim lebih berdasarkan sumber riwayat, sementara pendapat yang menolak kesahihannya adalah berdasarkan hujah akal yang disokong oleh beberapa riwayat yang menjelaskan realiti sebenar peristiwa. Ini bermakna pandangan yang mengatakan bahawa Abu Musa al–Ashcari adalah seorang yang bodoh sementara cAmr ibn Al–cÃs adalah seorang penipu, kurang pegangan agama dan tidak menepati janji merupakan pandangan yang salah dan perlu dijauhi. Kata kunci: Peristiwa TAhkim; Saidina Ali; Muawiyah; Amr ibn Al-As; Abu Musa al-Ashari This article focusses on the event of tahkim; an agreement between Caliph cAli and Muawiyah to enable their representatives discuss and find solution for their dispute. A thorough explanation is important in order to clear untruthful narration that surrounded the event. The discussion will include factors that led to the event; the developments of the event, and the meeting itself. This research will also focus on the factors which led to Caliph cAli´s failure in the tahkim as well as justifications of the companions on the appointment of cAli as caliph. The main focus will be on whether cAmr ibn Al–cÃs manipulated and cheated cAli´s representative Abu Musa al–Ashcari loosing cAli which led to his position as the caliph to Muawiyah. This research suggests that the current perceptions of Muslims on the issues are baseless and should be avoided. Key words: Event of Tahkim; Caliph Ali Muawiyah; Amr ibn Al- As; Abu Musa al-AshariDownloads
Published
2012-01-20
Issue
Section
Social Sciences
License
Copyright of articles that appear in Jurnal Teknologi belongs exclusively to Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (Penerbit UTM Press). This copyright covers the rights to reproduce the article, including reprints, electronic reproductions, or any other reproductions of similar nature.
How to Cite
Peristiwa Tahkim Antara ‘Ali dan Mu´awiyah (Tahun 36 H): Suatu Kajian dan Pengajaran. (2012). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 38(1), 75–92. https://doi.org/10.11113/jt.v38.516