Work Improvement at a Car Manufacturing Company

Authors

  • Muhamad Zameri Mat Saman
  • Cheak Ying Law

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v37.523

Abstract

Produktiviti merupakan sesuatu yang amat penting bagi sesebuah organisasi, terutamanya bagi sektor pembuatan ke arah meningkatkan keuntungan untuk memajukan syarikat. Kertas kerja ini melaporkan satu kajian kes bagi pembaikan kerja di sebuah syarikat pengeluaran kereta. Kajian kes ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu mengenalpasti masalah di lini pemasangan utama dan mencadangkan pembaikan ke arah meningkatkan kecekapan sistem yang sedia ada. Berdasarkan kepada pemerhatian dan juga data yang dipungut, kerja tergendala di lini pengeluaran adalah merupakan masalah utama. Ia disebabkan oleh sistem pengangkutan bahan yang kurangcekap dan pembahagian kerja yang tidak seimbang. Teknik pembaikan kerja digunakan untuk mencari penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masalah di atas. Kemudian, kaedah keseimbangan lini digunakan untuk meminimumkan masa melahu pada setiap stesen kerja. Untuk mengesahkan keputusan daripada alternatif-alternatif yang dicadangkan, simulasi dengan menggunakan perisian Witness telah digunakan. Satu alternatif terbaik dipilih berdasarkan kepada keputusan daripada simulasi dan juga justifikasi kos. Akhir sekali, perancangan sumber dijalankan ke arah memenuhi permintaan dan juga memaksimumkan penggunaan sumber. Daripada keputusan simulasi bagi sistem yang dicadangkan, menunjukkan bahawa produktiviti meningkat sebanyak tiga kali ganda berbanding dengan sistem yang sediada. Walaubagaimanapun, keputusan ini adalah berdasarkan kepada beberapa andaian yang dibuat semasa projek dijalankan. Kata kunci: Kerja dalam proses (tergendala) di lini pengeluaran; Kerja dalam proses (tergendala) di luar lini pengeluaran; pembaikan kaedah; keseimbangan lini; simulasi; justifikasi kos; perancangan sumber Productivity has been identified as an important role in any organization, especially for manufacturing sectors to gain more profit that leads to prosperity. This paper reports a work improvement project in a car manufacturing company. It involves problem identification at the metal finish line and proposing recommendation to improve the current situation more efficiently. Based on the observation and data online work–in–progress (WIP) has been identified as a major problem and this is caused by the insufficient movements due to material handlings and unbalanced workload. Method improvement technique is used to determine the best method of carrying out a task in order to eliminate the unnecessary movements. Then, line–balancing technique is used to minimize the idle time at every station or the percentage of line balance loss (LBL). In order to verify the results that were obtained from the generated line–balancing alternative, Witness simulation package is used to obtain the output. One effective alternative is chosen based on the results obtained from the simulation and cost justification. Then, a proper planning is suggested to maximize the resource utilization at the metal finish line. Simulation results showed that productivity increases roughly three times higher than the current situation. However, the results were obtained based on several assumptions that had been made during carry out this project. Key words: On-line Work-In-Progress (WIP); Off-line Work-In-Progress (WIP); method improvement; line balancing; simulation; cost justification; resource planning and allocation

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Work Improvement at a Car Manufacturing Company. (2012). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 37(1), 73–87. https://doi.org/10.11113/jt.v37.523