Pengaruh Penyelitan Plat Orifis dalam Mengurangkan Emisi dari Pembakar

Authors

  • Mohammad Nazri Mohd Jaafar
  • Mohd. Rosdzimin Abdul Rahman
  • Mohamad Shaiful Ashrul Ishak
  • Kiran Babu Appalanaidu

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v37.550

Abstract

Penyelidikan telah dijalankan ke atas plat orifis pelbagai saiz yang dipasangkan pada keluaran pemusar udara sebuah pembakar berbahan api cecair yang berdiameter dalam 163 mm dan panjangnya 280 mm. Pembakar ini menggunakan kerosin sebagai bahan api. Terdapat dua saiz plat orifis yang setiap satunya berdiameter 25 mm dan 30 mm telah digunakan dengan pemusar udara aliran jejarian yang mempunyai sudut bilah 30°. Dalam ujikaji ini, penyelitan plat orifis ini akan menyebabkan peningkatan terhadap kehilangan tekanan di bahagian keluaran pemusar dan seterusnya meningkatkan aliran gelora yang akan menambah kadar percampuran bahan api dengan udara. Pemancit bahan api semburan paksi yang mempunyai dua lubang keluaran telah dipasangkan di bahagian belakang pemusar udara. Kadar alir bahan api menjadi parameter yang diubah dalam ujikaji yang dijalankan. Keputusan yang diperolehi menunjukkan dengan penyelitan plat orifis, emisi NOx berjaya dikurangkan sebanyak 50% bagi penyelitan plat orifis 25 mm, manakala CO sebanyak 5% dan CO2 sebanyak 20% jika dibandingkan dengan kes tanpa penyelitan plat orifis. Kata kunci: Plat orifis; emisi NOx; pemusar udara; emisi CO; pemancit bahan api A liqued fuel burner system with different orifice plate sizes mounted at the exit plane of the radial air swirler outlet has been investigated using 163 mm inside diameter combustor of 280 mm length. All tests were conducted using kerosene as fuel. Two different orifice plates with diameter of 25 mm and 30 mm were used with a 30° radial air swirler vane angle. The purpose of orifice plate insertion was to create the swirler pressure loss at the swirler outlet so that the swirler outlet shear layer turbulence was maximized to assist in the mixing of fuel and air. Fuel was injected at the back plate of the swirler outlet using central fuel injector with dual fuel nozzles pointing axially outwards. The fuel flow rates were varied. The results show that orifice plate enhances better mixing and reduces NOx emmisions. NOx reduction of more than 50% was obtained using the 25 mm diameter orifice plate compared to the test condition without orifice plate. CO emissions were also reduced by 5%. CO2 emission reduction of more than 20% was achieved for the same condition. Key words: Orifice plate; NOx emissions; air swirler; CO emissions; fuel atomiser

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Pengaruh Penyelitan Plat Orifis dalam Mengurangkan Emisi dari Pembakar. (2012). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 37(1), 45–54. https://doi.org/10.11113/jt.v37.550