Perancangan Pendidikan Untuk Pembangunan Sumber Manusia dalam Era Globalisasi dan K-Ekonomi

Authors

  • Ramlee Mustapha
  • Ramziah Husin

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v37.555

Abstract

Terdapat pelbagai tafsiran tentang konsep globalisasi dan k–ekonomi berdasarkan perspektif yang berbeza. Masyarakat Malaysia seharusnya dapat meneliti impak globalisasi dan k–ekonomi secara kritis supaya dapat menanganinya. Ini kerana masyarakat Malaysia terpaksa terus berdepan dengan cabaran baru yang dibawa oleh globalisasi dan k-ekonomi. Kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (Information and Communication Technology) akan terus menjana proses globalisasi ini. Artikel ini bertujuan untuk meninjau perancangan pendidikan ke arah pembangunan sumber manusia dalam menghadapi arus globalisasi dan k–ekonomi di Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa pendidikan dan perancangan pendidikan akan terus memainkan peranan utama bagi menyediakan sumber manusia untuk bersaing di peringkat global. Kata kunci: globilasasi k-ekonomi; perancangan pendidikan; pembangunan sumber manusia There are a variety of interpretations of globalisation and k–economy based on different perspectives. Malaysians need to examine the impact of globalisation and k–economy so that they can provide input on how to face the challenges of globalisation and k–economy. The advancement of Information and Communication Technology will expediate the process of globalisation. The purpose of this article is to review the impact of educational planning on human resource development in facing the challenges of globalisation and k–economy. The results show that educational planning will continue to play a critical role in providing human resource for Malaysia to compete the global arena. Key words: globalisation; k-economy; educational planning; human resource development

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Social Sciences

How to Cite

Perancangan Pendidikan Untuk Pembangunan Sumber Manusia dalam Era Globalisasi dan K-Ekonomi. (2012). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 37(1), 47–56. https://doi.org/10.11113/jt.v37.555