Hardware Development Of Electrical Capacitance Tomography For Imaging A Mixture Of Water And Oil

Authors

  • Elmy Johana
  • Fazlul Rahman Mohd Yunus
  • Ruzairi Abdul Rahim
  • Kok Seong Chan

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v54.825

Abstract

Kertas kerja ini membentangkan kajian perubahan nilai kapasitan terhadap pengukuran perbezaan bahan dielektrik seperti minyak dan air di dalam saliran paip menggunakan 12 pengesan elektrod di atas permukaan paip. Sistem Kapasitan Elektrik Tomografi (ECT) berupaya memaparkan pembentukan imej di dalam industri proses campurankomponen yang melibatkan cecair bukan pengalir di dalam paip. Oleh yang demikian, menerusi kajian ini, 12 elektrod kapasitan elektrik tomografi dibangunkan. Sistem ini membolehkan banyak data diperolehi bagi pembentukan imej yang lebih jelas di dalam aliran paip. Untuk mengurangkan hingar di dalam sistem ini, litar perapi telah di bina di atas plat pengesan di atas satu plat yang sama bagi menghilangkan sebahagian hingar yang datang dari talian penghantaran isyarat analog. Setelah itu pelbagai litar pengukur kapasitan telah dibina dari segi prestasi dan kepekaannya bagi memperolehi aras hingar yang rendah, kadar dinamik yang luas dan imun kepada kebocoran kapasitan bagi memenuhi reka bentuk yang sempurna untuk sistem yang dibina. Isyarat yang terhasil dari litar pengesan di tukar dalam bentuk digital menerusi litar multiplex, penukar analog kepada digital dan penampan maka dengan itu data yang dihantar bersesuaian dengan pengantaramukaan computer. Pengantaramukaan pengguna grafik (GUI) dibina dengan pengawal dan penunjuk yang lebih jelas member kemudahan kepada pengguna berinteraksi dengan panel kawalan. Kata kunci: Kapasitan tomografi; 12 elektrod; plat pengesan; perapi atas satu plat This paper proposes the process of investigating the changes of capacitance value due to the changes of permittivity distribution of a different dielectric materials such as water and oil in a conveying pipeline using twelve externally Electrical Capacitance Tomography (ECT) sensor. Electrical capacitance tomography system is a system which can be used for imaging industrial multi–component processes involving non-conducting fluids in pipeline. Therefore, in this research, a 12 electrodes electrical capacitance tomography system is developed. This system can provide more data for processing to obtain more precise images of the pipeline. In order to reduce the noise in the system, on–plate signal conditioning board is applied in this research to eliminate certain noise source from the analogue transmission line. Then, various of accapacitance measuring circuits has been developed in terms of performance and sensitivity to achieve low noise level, wide dynamic range and high immunity stray capacitance to suits the appropriate design for system development. The signal produced by the detection circuit is digitized by using multiplexing circuit, ADC circuit and buffering so that the transferring data is suitable for pc interface. A graphic user interface (GUI) is developed with visible controls and indicators to provide users with organized interactive panels. Key words: Capacitance tomography, 12 electrodes, on-plate signal conditioning board

Downloads

Published

2012-03-08

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Hardware Development Of Electrical Capacitance Tomography For Imaging A Mixture Of Water And Oil. (2012). Jurnal Teknologi, 54(1), 425–442. https://doi.org/10.11113/jt.v54.825