Bahasa Melayu Lingua Franca UKM?  Penggunaan Bahasa Melayu Merentasi Etnik Malaysia

Malay as UKM's Lingua Franca?Malay Language Usage Across Malaysian Ethnicities

Authors

  • Amirul Mukminin Mohamad School of Liberal Studies (CITRA-UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia, 46300 Bangi, Selangor Malaysia
  • Puteh Noraihan A. Rahman School of Liberal Studies (CITRA-UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia, 46300 Bangi, Selangor Malaysia
  • Zuraini Mohaidin School of Liberal Studies (CITRA-UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia, 46300 Bangi, Selangor Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.11113/lspi.v11.23364

Keywords:

Lakuan pertuturan, iklan perniagaan, Teori Lakuan Pertuturan Searle (1969), pengusaha, media massa

Abstract

Iklan merupakan suatu perihal menghebahkan atau memberitahu khalayak tentang sesuatu penghasilan produk dan perkhidmatan. Kebanyakan pengusaha atau pengiklan menggunakan media massa seperti televisyen untuk mempromosikan hasil produknya. Secara tidak langsung, lakuan pertuturan sebenarnya banyak diterapkan dalam ujaran para pengusaha, namun sukar untuk ditentukan jenis lakuan pertuturannya kerana kekeliruan dan kekurangan pemahaman tentang lakuan pertuturan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis jenis lakuan pertuturan dalam iklan perniagaan D’herbs (seterusnya DH) dan Siti Khadijah (seterusnya SK) dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) mengikut kriteria taksonomi Searle (1969). Kaedah kualitatif iaitu analisis kandungan teks digunakan sebagai pendekatan kajian untuk mengumpul data mengenai jenis-jenis lakuan pertuturan. Kaedah ini dipilih kerana setiap ujaran bagi setiap pengusaha undangan dan pengacara dalam rancangan tersebut akan diteliti dan dikategorikan mengikut jenis lakuan pertuturan teori Searle (1969). Ujaran peserta kajian akan ditranskrip daripada audio kepada teks dengan menggunakan kaedah transkripsi. Data utama kajian diperoleh daripada rancangan WHI sebagai platform utama di samping iklan DH dan SK. Secara keseluruhan, dapatan menunjukkan jenis lakuan pertuturan yang dinyatakan oleh Searle (1969), iaitu asertif, ekspresif, direktif dan komisif diaplikasikan oleh para penutur. Setiap ujaran menandakan satu bentuk arahan yang mendorong pendengar untuk mengambil tindakan berdasarkan hajat komunikatif penutur. Kajian ini diharapkan mampu menjadi sumbang saran kepada pengusaha-pengusaha untuk menggunakan ujaran yang menggabungkan lakuan pertuturan yang sesuai sejajar dengan kebolehan kognitif penonton, sekali gus memastikan lakuan ilokusinya difahami oleh pelanggan dengan jelas. Teori lakuan pertuturan Searle (1969) didapati amat sesuai untuk meningkatkan kefahaman khalayak tentang maksud komunikatif penutur. Justeru, penyampaian maklumat yang berkesan dengan menggunakan lakuan pertuturan yang tepat mampu memberi impak positif kepada negara dan masyarakat secara amnya, sekali gus menyumbang kepada wacana yang lebih baik. Oleh hal yang demikian, kajian ini menjadi suatu keperluan untuk dijalankan atas impak positifnya.

 

This study investigates the frequency of Malay language usage among multi-racial students at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) in interpersonal and public communications. A quantitative survey of 284 undergraduate students was conducted, utilizing a five-point Likert scale questionnaire to assess Malay language proficiency and usage. The findings reveal a disparity in Malay language usage across different social contexts. While Malay is frequently employed among peers, its prevalence diminishes in interactions with strangers and in public settings such as shopping malls and healthcare facilities. Moreover, the study underscoresthe continued dominance of English in certain aspects of respondents' communication and daily affairs at UKM. These results highlight a need for targeted initiatives to promote Malay language usage among UKM students, particularly in domains where its prevalence is lower. Such interventions could contribute to strengthening linguistic diversity and fostering national unity within the Malaysian community.

References

Ahmad Fuad Mat Hassan, Khairul Faiz Alimi, Hishamudin Isam & Mashetoh Abd Mutalib. (2020). Amalan kesantunan berbahasa dalam komunikasi formal dan tidak formal dalam kalangan pelajar universiti. Malaysian Journal of Communication, 36(4), 410–427.

Ammar Asyraf Mansor & Sa’adiah Ma’alip. (2020). Sikap bahasa terhadap bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Melayu Singapura. Jurnal Wacana Sarjana, 4(2), 1–17.

Berita Harian. (2024). Kekangan bahasa jadi isu di agensi kerajaan. Dicapai dari https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2024/01/1196345/kekangan-bahasa-masih-jadi-isu-di-agensi-kerajaan pada 29 Ogos 2024.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2024). Penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat. Kenyataan Media. Dicapai dari https://x.com/DBPMalaysia/status/1810929657933615322/photo/1 pada 29 Ogos 2024.

Etikan, I., & Bala, K. (2017). Developing questionnaire base on selection and designing. Biometrics & Biostatistics International Journal, 5(6), 1–3.

Fariza Md. Sham, Rohana Tan & Mohd Najid Adun. (2018). Penggunaan bahasa Melayu dalam pengurusan dan pentadbiran di Universiti Kebangsaan Malaysia. GEMA Online® Journal of Language Studies, 18(1), 176–197.

Irma Wani Othman, Mohd. Khairi Lebai Ahmad, & Mohd. Sohaimi Esa. (2022). Empowering the sustainability of the Malay languageas a communication transmissionand element of identity. Journal of Tourism Hospitality and EnvironmentManagement, 7(29), 216–237.

Irma Wani Othman et al. (2021). Pembudayaan konotasi “bahasa jiwa bangsa”: Refleksi identiti kebangsaan ke arah sinergi solidariti dan harmonisasi rakyat Malaysia. International Journal of Education, Psychology & Counseling, 6(41), 55–75.

Mohd. Sohaimi Esa, Romzi Ationg, Irma Wani Othman, Mohd. Kamal Mohd Shah, Muhammad Safuan Yusof, Habibah Artinie Ramli dan Abang Mohd Razif Abang Muis. (2021). Volusi kursus teras universiti: Dari sejarah pembentukan bangsa Malaysia ke penghayatan etika dan peradaban. International Journal of Education, Psychology and Counselling, 166–181.

Mohd. Sohaimi Esa, Romzi Ationg, Irma Wani Othman & Herlina Jupiter. (2021). Isu dan cabaran bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di ambang kemerdekaan tanah Melayu. International Journal of Education, Psychology and Counselling, 111–125.

Muhammad Safuan Yusoff et al. (2021). Penguasaan bahasa ibunda sebagai medium komunikasi mahasiswa institusi pengajian tinggi malaysia: suatu penelitian cakna bahasa negara berbilang kaum. International Journal of Education, Psychology & Counseling, 6(41), 38–54.

Noor Azmira Mohamed & Nor Azlili Hassan. (2019). Pengukuhan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(4), 19–28.

Noor Rohana Mansor & Hamdan Azmi Abd. Aziz. (2014). Bahasa Melayu dalam bidang Sains dan Teknologi di Institusi Pengajian Tinggi Negara. Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

Nur Nadia Lukmanulhakim. (2020). Kaedah pembentukan identiti nasional dalam Universiti Awam di Malaysia. Jurnal Peradaban Melayu, 15, 1–9.

Raja, T. (2018). Online tools for data collection. In Education 5.0: Perspectives and Previews. Tamil Nadu: Tamil Nadu: St. Xavier’s College of Education.

Ying, L. J et al. (2024). Persepsi guru terhadap pengaruh bahasa ibunda semasa pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid di sekolah jenis kebangsaan Cina. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 14(1), 1–18.

Zamri Mahamod. (2022). Linguistik terapan dan pengajaran bahasa. Edisi Kedua. Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Downloads

Published

2024-12-15

Issue

Section

Articles

How to Cite

Bahasa Melayu Lingua Franca UKM?  Penggunaan Bahasa Melayu Merentasi Etnik Malaysia: Malay as UKM’s Lingua Franca?Malay Language Usage Across Malaysian Ethnicities. (2024). LSP International Journal, 11(2), 127-138. https://doi.org/10.11113/lspi.v11.23364