Perbualan berimplisit dalam Filem-Filem Klasik Malaysia (P. Ramlee): Analisis Semantik Inkuisitif

Implicit Conversations in Malaysian Classic Films (P. Ramlee): Inquisitive Semantics Analysis

Authors

  • Nur Ezatull Fadtehah Hedel Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia
  • Mary Fatimah Subet Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.11113/lspi.v10.18678

Keywords:

Rangka Rujuk Silang, Filem klasik, Semantik inkuisitif, P. Ramlee, Teori Relevans

Abstract

Filem-filem klasik P. Ramlee turut menggunakan perbualan tersirat dalam menyampaikan sesuatu mesej namun tidak dapat diterjemah secara harfiah. Bagi merungkai perkara tersebut, maka, dua objektif diketengahkan iaitu mengenal pasti ujaran berimplisit dalam karya filem P. Ramlee dan menganalisis pemikiran dan keintelektualan masyarakat Melayu dalam filem tersebut. kajian kualitatif dengan menggunakan reka bentuk deskriptif dan analisis kandungan. Kajian kali ini hanya mengetengahkan lima buah data filem P. Ramlee yang mendapat jumlah tontonan yang tinggi di aplikasi YouTube daripada 10 filem yang terpilih. Namun, kajian ini hanya membincangkan filem Seniman Bujang Lapok yang melimitkan dua data untuk dianalisis. Data dianalisis menggunakan pendekatan semantik inkuisitif (SI) oleh Jalaluddin (2014), dibantu dengan aplikasi teori relevans (TR) daripada Sperber dan Wilson (1986, 1995) dan Rangka Rujuk Silang (RRS) daripada Kempson (1986). Hasil kajian mendapati bahawa filem-filem P. Ramlee mengandungi unsur pemikiran dan keintelektualan masyarakat Melayu yang terserlah daripada ujaran berimplisit tersebut. Oleh itu, berpandukan pendekatan SI, TR dan RRS, pengkaji dapat mengetahui asbab penggunaan ujaran berimplisit diujarkan dalam filem P. Ramlee dengan hubung kait data, teori, kognitif dan falsafah demi mencungkil akal budi penuturnya.

 

Ramlee’s classic films use implicit conversation to convey a message that cannot be translated literally. To unravel this, two objectives are highlighted, which is to identify implicit conversation and to analyze the thoughts and intellect of Malay society in that films. This qualitative study uses a descriptive design and content analysis. The study focuses on five P. Ramlee films with the high views on YouTube out of ten selected films. However, this study only focuses on “Seniman Bujang Lapok” film which only limits two data for analysis. The data is analyzed using the inquisitive semantics (SI) approach by Jalaluddin (2014), assisted by the Relevance Theory (RT) by Sperber and Wilson (1986, 1995) and Bridging Cross Reference (BCR) approach by Kempson (1986). The study found that P. Ramlee’s films contain elements of Malay society’s thoughts and intellect are highlighted through implicit conversation. Therefore, by using the IS, RT and BCR, the researcher can understand the reasons using implicit conversation in P. Ramlee’s films by connecting data, theory and philosophy in order to explore the wisdom of the people in the past that are high in intellect

Downloads

Published

2023-06-07

Issue

Section

Articles

How to Cite

Perbualan berimplisit dalam Filem-Filem Klasik Malaysia (P. Ramlee): Analisis Semantik Inkuisitif: Implicit Conversations in Malaysian Classic Films (P. Ramlee): Inquisitive Semantics Analysis. (2023). LSP International Journal, 10(1), 1-17. https://doi.org/10.11113/lspi.v10.18678