Penginterpretasian Ujaran Ilokusi dalam Mengungkapkan Hubungan Saling Memahami: Pemanfaatan Iklan Perniagaan D'Herbs dan Siti Khadijah di Rancangan Wanita Hari Ini (WHI)

The Interpretation of Illocutionary Speech Acts in Expressing Mutual Understanding: The Use of D'Herbs and Siti Khadijah Commercial Advertisements on the Wanita Hari Ini (WHI) Program

Authors

  • Aminnudin Saimon Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Abu Bakar Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.11113/lspi.v11.23181

Abstract

Iklan merupakan suatu perihal menghebahkan atau memberitahu khalayak tentang sesuatu penghasilan produk dan perkhidmatan. Kebanyakan pengusaha atau pengiklan menggunakan media massa seperti televisyen untuk mempromosikan hasil produknya. Secara tidak langsung, lakuan pertuturan sebenarnya banyak diterapkan dalam ujaran para pengusaha, namun sukar untuk ditentukan jenis lakuan pertuturannya kerana kekeliruan dan kekurangan pemahaman tentang lakuan pertuturan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis jenis lakuan pertuturan dalam iklan perniagaan D’herbs (seterusnya DH) dan Siti Khadijah (seterusnya SK) dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) mengikut kriteria taksonomi Searle (1969). Kaedah kualitatif iaitu analisis kandungan teks digunakan sebagai pendekatan kajian untuk mengumpul data mengenai jenis-jenis lakuan pertuturan. Kaedah ini dipilih kerana setiap ujaran bagi setiap pengusaha undangan dan pengacara dalam rancangan tersebut akan diteliti dan dikategorikan mengikut jenis lakuan pertuturan teori Searle (1969). Ujaran peserta kajian akan ditranskrip daripada audio kepada teks dengan menggunakan kaedah transkripsi. Data utama kajian diperoleh daripada rancangan WHI sebagai platform utama di samping iklan DH dan SK. Secara keseluruhan, dapatan menunjukkan jenis lakuan pertuturan yang dinyatakan oleh Searle (1969), iaitu asertif, ekspresif, direktif dan komisif diaplikasikan oleh para penutur. Setiap ujaran menandakan satu bentuk arahan yang mendorong pendengar untuk mengambil tindakan berdasarkan hajat komunikatif penutur. Kajian ini diharapkan mampu menjadi sumbang saran kepada pengusaha-pengusaha untuk menggunakan ujaran yang menggabungkan lakuan pertuturan yang sesuai sejajar dengan kebolehan kognitif penonton, sekali gus memastikan lakuan ilokusinya difahami oleh pelanggan dengan jelas. Teori lakuan pertuturan Searle (1969) didapati amat sesuai untuk meningkatkan kefahaman khalayak tentang maksud komunikatif penutur. Justeru, penyampaian maklumat yang berkesan dengan menggunakan lakuan pertuturan yang tepat mampu memberi impak positif kepada negara dan masyarakat secara amnya, sekali gus menyumbang kepada wacana yang lebih baik. Oleh hal yang demikian, kajian ini menjadi suatu keperluan untuk dijalankan atas impak positifnya.

 

Advertisement is a matter of publicizing or informing the audience about a production of products and services. Most entrepreneurs or advertisers use mass media such as television to promote their products. Indirectly, speech acts are widely applied in the speech of entrepreneurs, but it is difficult to determine the type of speech acts due to confusion and lack of understanding of speech acts. Thus, this study aims to identify and analyze the types of speech acts in the D'herbs and Siti Khadijah commercials in the Women's Show (WHI) when the sponsored segment is broadcast according to the taxonomic criteria presented by Searle (1969). Qualitative methods, namely text content analysis, are used as a research approach to collect data on the types of speech acts. This method was chosen because every speech for every invited entrepreneur and lawyer in the show will be examined and categorized according to the type of speech act of Searle's theory (1969). The speech of the study participants will be transcribed from audio to text using the transcription method. The main data of the study are the utterances of every entrepreneur and lawyer which contains aspects of speech acts. Overall, the findings show the types of speech acts stated by Searle (1969), namely assertive, expressive, directive and commissive applied by the speakers. Each utterance signifies a form of command that prompts the listener to take action based on the speaker's communicative intent. This study is expected to be able to give suggestions to entrepreneurs to use utterances that combine appropriate speech acts in line with the audience's cognitive abilities, thus ensuring that illocutionary acts are clearly understood by customers. Searle's Speech Act Theory (1969) was found to be very suitable for improving the audience's understanding of the speaker's communicative intent. Thus, the effective delivery of information by using the correct speech act can have a positive impact on the country and society in general, thus contributing to a better discourse. Therefore, this study becomes a necessity to be carried out for its positive impact.

References

Aminnudin Saimon. (2021). Lakuan pertuturan dalam filem Nordin Ahmad. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences. 4(1), 33–52. Doi: http://bitarajournal.com/index.php/bitarajournal/article/view/168.

Bach. K., dan Harnish. R. M. (1979). Linguistics communication and speech acts. Cambridge & London: The MIT Press.

Edman. K. (2024). Doing mutual understanding in child and family therapy sessions: How three interlocutors calibrate new information. Discourse Studies. 26(2). Doi: http://doi.org/10.1177/14614456231207519.

Fitria Salsabella, Husnul Khatimah, Ikrimah, Muhammad Farhan, Kalila Shahwa Noor Rahman, Leny Marlindawati dan Nur Asyifa’ Rohainy. (2023). Kesantunan berbahasa menurut pandangan Islam. Jurnal Agama, Sosial dan Budaya. 1(2), 38–47. Doi: http://maryamsejahtera.com/index.php/Religion/article/view/62.

Hamdi Khalis Kadri. (2022). Speech acts of written texts in fast food online advertisement. E-Jurnal Bahasa dan Linguistik (e-JBL). 4(1), 100–109. Doi: http://doi.org/10.53840/ejbl.v4il.103.

Hasriani Muslimin. (2019). Penggunaan gaya bahasa hiperbola dalam bahasa iklan TV swasta. Jurnal Ilmu Administrasi dan Ilmu Pemerintahan. 3(1), 203–207. Doi: http://core.ac.uk/download/pdf/229023068.pdf.

Haucsa. G. M., Marzuki. A. G., Alek., dan Hidayat D. N. (2020). Illocutionary speech acts analysis in Tom Cruise’s interview. Academic Journal PERSPECTIVE: Education, Language, and Literature. 8(1), 11–19. Doi: http://dx.doi.org/10.33.603/perspective.v8i1.3304.

Igben. H. G., dan Ilaya. M. E. (2021). Public relations practitioners perception of new media influence on promotion of mutual understanding between organisation and strategic publics in Nigeria. Linguistics and Culture Review. 5(51). 506–528. Doi: http://doi.org/10.37028/lingcure.v5nS1.1436.

Kamarul Azmi Jasmi. (2021). Metode pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatif untuk Pengajian Islam dan Pendidikan Islam. Bengkel Reka Bentuk Penyelidikan Kualitatif Siri 5. 25 dan 26 September 2021. Bertempat Dewan Maya di http://utm.webex.com/meet/qamar anjuran Pusat Pengurusan Siswazah Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS).

Kurniawan. W. Y., (2023). Tindak tutur dalam iklan lebaran Mr. DIY 2022 “Kembali ke Pangkuan’. GERAM. 11(1), 129–136. Doi: http://journal.uir.ac.id/index.php/geram/article/view/12484.

Mohammed Zin Nordin, Mohd Taib Ariffin, Khairul Azam Bahari dan Siti Munirah Md. Zukhi. (2014). Analisis kesalahan pengunaan bahasa papan tanda perniagaan. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 134, 330–349. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2014.04.256.

Mohd. Nazim Mohamad Yatim. (2021). Premis Tak Guna Bahasa Melayu. Utusan Malaysia. Http://www.utusan.com.my/rencana/2021/04/premis-tak-guna-bahasa-melayu/.

Muhammad Zuhair Zainal (2017). Lakuan Ilokusi dalam Pengajaran Bahasa Melayu. GEMA Online Journal of Language Studies. 17(4), 191–208. Doi: http://journalarticle.ukm.my/11777/1/18316-63591-1-PB.pdf.

Qori Maulidini. (2019). Strategi Kesantunan Tindak Tutur Asertif pada Debat Capres dan Cawapres Pemilu 2019 dan Implikasinya Terhadap Pembelajaran Bahasa Indonesia di SMA. Bachelor Thesis. Jakarta: FITK UIN Syarif Hidayatullah Jakarta.

Rian Andri Prasetya dan Siti Samhati. (2017). Tindak Tutur pada Iklan Produk Makanan Cepat Saji di Televisi dan Implikasinya. J-Simbol (Bahasa, Sastra, dan Pembelajarannya). 5(1), 1–12. Doi: http://core.ac.uk/download/pdf/293165583.pdf.

Ritonga. M., dan Hermaliza. (2022). Tindak Tutur Ilokusi dalam Bahasa Iklan di Stasiun Televisi Nasional. Journal of Language Education, Linguistics, and Culture. 2(1), 34–40. Doi: http:// journal.uir.ac.id/index.php/j-lelc/article/view/8031/4260.

Searle. J. (1969). Speech Acts: An Essay in The Philosophy of Language. New York: Cambridge University Press.

Serimah Mohd. Sallehuddin. (2020). Penonton WHI 800,000 Setiap Hari. Berita Harian. Dimuat turun pada 14 September 2023 daripada http://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/04/674297/penonton-whi-800000-setiap-hari.

Siti Nur Adibah Sabarudin dan Aminnudin Saimon. (2021). Lakuan Pertuturan dalam Video Infografik Covid-19. Jurnal Bahasa. 21(1), 325–352. Doi: http://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8210.

Syafitri. W. (2019). An analysis of the commisive speechact used by the shopping hosts of MNC shop. Jurnal Arbitrer. 6(1), 28. Doi: http://doi.org/10.25077/ar.6.1.28-34.2019.

Wan Nur Azira dan Maslida Yusof. (2021). Lakuan Bahasa Meme dalam Komunikasi Internet Gen Z. Jurnal Melayu. 20(1), 1–18. Doi: http://journalarticle.ukm.my/16692/1/7705-154473-1-SM.pdf.

Yustty Afifah Nur Aini dan Trisna Insan Noor. (2022). Strategi Pemasaran Usaha Kedai Kopi dalam Menghadapi Situasi Pandemik Covid-19. Jurnal Ilmiah Mahasiswa Agroinfo Galuh. 9(3), 10–21. Doi: http://doi.org/10.25157/jimag.v9i3.8100.

Downloads

Published

2024-12-15

Issue

Section

Articles

How to Cite

Penginterpretasian Ujaran Ilokusi dalam Mengungkapkan Hubungan Saling Memahami: Pemanfaatan Iklan Perniagaan D’Herbs dan Siti Khadijah di Rancangan Wanita Hari Ini (WHI): The Interpretation of Illocutionary Speech Acts in Expressing Mutual Understanding: The Use of D’Herbs and Siti Khadijah Commercial Advertisements on the Wanita Hari Ini (WHI) Program. (2024). LSP International Journal, 11(2), 97-114. https://doi.org/10.11113/lspi.v11.23181